Sunday 30 July 2017

BBI: Kapitallis Dakwah

Bismillah.

Petang tadi sempat bertemu bekas "budak-budak izuan". Aku rasa ini gelaran baru buat ahli-ahli anc yang rapat dengan aku. Ingatkan sesi ni bertambah tenanglah perjalanannya. Sekali memang lumrah manusia yang duk pilih jalan sebegini, ada sahaja yang perlu disabarkan dalam hatinya. Aku yang sudah semakin lali, membiarkan sahaja ianya berlalu seperti angin. Adapun yang baru bersuai kenal dengan jalan ini, sudah gelisah seperti abang dan kakak mereka sebelum ini.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku, biasanya menjadikan Hamba lebih kuat dan yakin untuk meneruskan perjalanan bertemu Tuhannya. Namun bukan semua latihan-latihan itu berhasil. Ada kalanya ia juga bisa mengecewakan.

Rehlah yang terkubur tanpa penangguh, tamrin yang disambut acuh tak acuh oleh penganjurnya, ajakan yang sering dibalas sepi, pertanyaan serta perbincangan yang disertai minoriti, penyakit itu sudah mula berjangkit pada diri mereka. Ada yang melihatnya bukan penyakit. Ada yang merayu untuk tidak dipanggil dengan gelaran pesakit. Silakan.

KAPITALIS DAKWAH

Aku menulis Kapitalis Dakwah pada tahun 2014, sebelum beroleh kerja di sini, dan sebelum aku mengenali ANC. Ia terhasil apabila aku melihat barisan fasilitator yang hadir untuk program2 "agama" anjuran MUSCOM terdiri daripada muka-muka yang sama saja setiap tahun. Pelik akan orang-orang bijak pandai yang ditarbiyah itu, alasan cerdik sentiasa berzikir pada bibir. Barangkali mereka beranggapan muka sama yang memberi komitmen itu tidak punya pekerjaan seperti mereka, tidak punya hobi seperti mereka, tidak punya anak seperti mereka, tidak punya ibu ayah yang menjadi penghalang mereka.

Dan penyakit-penyakit menyakitkan hati seperti itu sudah mula berjangkit pada bekas "budak-budak izuan" yang pernah ditarbiyah itu. Oleh kerana aku yakin kalian membaca, aku sertakan kembali nasihat ini sebagai wasiat. Mudah-mudahan kalian sedar, yang kalian sedang berpenyakit!!

Bilamana dakwah disulam untuk menaikkan dirimu
Terpanalah kamu dengan pujian manusia
Hingga kamu melakukan yang terbaik 

Namun bilamana kamu terpesona dengan harta dan dunia
Dakwahmu tercabut seperti kemuncup
Kerna penduduk langit tidak mendoakanmu
Yang hanya berfikir untuk diri sendiri

Sedarlah anakku
Bilamana kamu tidak rasa cukup dengan yang sedikit
Maka kamu tidak akan puas dengan harta yang banyak
Yang dicari rohmu ialah keberkatan
Bukan pada kuantiti, tidak juga pada kualiti
Kerana ketenangan lahir dari pemberian Tuhanmu
Bila kamu dekat denganNya
Dan jauh dari bertuhankan hambaNya.

Wahai anakku
Carilah ilmu
Namun jangan kamu pandang rendah insan lain.
Yang kuharap bukan amalan hebatmu
Tetapi istiqamahnya amalan harianmu
Biar manusia di bumi tidak mengenalmu.
Kerna penduduk langit pasti mencintaimu

Nukilan ini dikala dirimu runsing
Walhal kamu sedang memikirkan dirimu sendiri
Kapitalis hadir bila kamu mengabaikan orang lain
Atau kamu lupa Tuhan yang sedang melihatmu
Bertenanglah wahai anakku
Bilamana kamu membantu agamanya.
Maka Allah pasti membantumu


Untuk yang nak tengok versi asal dan penuh boleh baca di sini

Kapitalis dakwah



Beberapa hari lepas si syafiq PDT tiba-tiba mengadu, 

"cikgu, haritu kami satu kelas masuk lambat dalam kuliah miss rara. Tetibe miss rara kata:

"Namanya je ANC, tapi asyik datang lambat je..."

"miss rara memang anti ANC ke cikgu?"

"alahai kamu ni, xde apala miss rara tu. dah memang orang suka attack badan-badan dakwah ni. Tulah sebab hati kena kental. Baru sikit tu..."

Kuman yang menjadi Gajah di depan mata. Sungguh menarik manusia dan isinya yang mengaku berakidah pada Tuhan.



Orang comel-comel pun korang nak takut. Rileks udah

Sekian dari Syuib0809..

Saturday 8 July 2017

Bakungtai: Cinta Anak Cina

Bismillah.

Baru balik dari kenduri si Lili dan Faiz di Jitra. Tengah sedap-sedap ngorat adik lili, tetiba lili mengamuk:

"izuan jangan, hang jangan, aku tak approve hang jadi adik ipar aku. Aku tak nak!"

Kemudian dia membebel tak henti-henti, marah sebab aku takdak whatsapp. Tapi oleh kerana aku malas nak gaduh dengan dia depan-depan, aku mengumpat pasal dia la kat sini. Hehe. Lama dah tulis bende ni, cuma penat duk carik balik gambar lama-lama. Rasanya banyak gambar yang dia pun tak pernah ada. lantaklah hang nak marah ye.

Amoi Tomboi.

Aku mengenali lili sejak dirinya berimejkan tomboi. Si pendek gemuk yang berambut pendek, dengan tshirt dan kemeja lengan pendek sebagai pakaian rasminya. Semua mengenai dirinya pendek sampailah pi main badminton pun pakai seluar pendek. Hehe. Memakai baju kurung seolah-olah mengundang ketawa persis apa yang berlaku pada kajol dalam filem kuch kuch hota hai. Hinggalah dirinya berubah dengan penampilan imej muslimah yang berperwatakan sopan. Hingga orang yang melihatnya kali pertama pasti beranggapan dirinya pemalu. Okeh. Tipu..

 Rasanya lili pun takde gambar ni. Ni waktu dia pendek. Nanti compare dengan gambar akhir.

Ia bukan perubahan yang mudah. Bukan dari amalan harian yang sementara. Bukan dari gelak ketawa yang diperoleh dalam masa singkat. Rezeki dari Allah, dirinya adalah bahan tarbiyah yang aku peroleh sebagai kajian akan pentingnya sabar dalam kehidupan manusia. Satu kelas ketika di kolej, satu universiti, satu kuliah, satu "kumpulan" usrah ketika di UK, kembali satu kelas kemudiannya di IPG, aku barangkali akan terus menjadi saksi akan perubahan dirinya sehinggalah dia keluar dari sistem matrikulasi.

Cina Pemberontak.

Ke mana-mana sahaja lili pergi, pasti akan ada orang yang bercerita mengenai dirinya. Pemikirannya yang unik, bukan semua orang mampu bertahan dan mempertahankannya. Setiap kali salahfaham berlaku ke atas dirinya, aku akan join sekali mengumpat dia dengan kawan-kawan, kemudian bertindak berkongsi sisi-sisi baik yang ada padanya agar salahfaham itu dineutralkan kembali. Tapi biasanya sesi mengumpat lagi panjang berbanding sesi memuji. Hahaha.

Salahfaham itu kerana manusia melihat nanah dalam akal fikirannya, sehingga terabai dari melihat cinta yang melimpah dalam hatinya. Perghh.. Ayat.

Namun untung dirinya, beroleh rakan-rakan yang sangat sabar melayan kerenahnya di kolej. Rakan-rakan seperti itu jumlahnya sedikit, kerana itu aku beranggapan lili sangat perlu berterima kasih pada mereka. Ketika di Leicester, aku kerisauan melihat perkembangan dirinya di tahun yang pertama. Rakan-rakan perempuan yang selalu "pesimis" ke atas dirinya, aku kemudiannya tidak gemar melihat dia mengenali Islam dalam kerangka kelompok pemikiran orang-orang Muda di UK. Namun berkat semangat dirinya yang mahu berubah, Allah pertemukan dirinya dengan keluarga abang din dan kak min. Yang sejujurnya berperanan besar membentuk dirinya yang positif pada hari ini.

Dah besar dah anak-ank abang din dengan kak min ni. Penat stalk FB diorang.

Fitnah.

Kerisauan aku pada pemikirannya menyebabkan begitu banyak teguran dan nasihat yang aku titipkan secara tidak lansung sejak di kolej. Namun banyaknya nasihat akan aku tulis dalam blog ni. Sebab aku tahu dia baca, kerana dia antara orang terawal yang tahu pasal blog ini sejak mula. Malah aku beranggapan teguran aku di blog ini kepada dirinya lebih mudah diterima berbanding bersemuka. Sebab aku sembang-sembang biasa dengan dia pun dah boleh ajak gaduh wo. Ganas amoi ni.

Dan dalam kekerapan aku bergaduh dengan dia ni, masih begitu ramai orang yang suka duk perkenenkan kami berdua. Pantang orang jumpa je aku, pasti tanya pasal dia sekali. Apehal?.. Dan postgrad yang mengenali kami sama ada dari Leicester, Nottingham dan Loughborough juga pasti berperanan dengan buah mulut yang sama. " tu lili tu, tak nak ke?"

Kerisauan aku pada pemikirannya yang berkurangan, aku mula selalu risau akan jodohnya. Kehidupan positif yang sukar untuk dia miliki, aku khuatir akan lelaki yang mampu membahagiakannya dan bersabar dengan kerenahnya. Aku risau yang dia nikahi itu lelaki yang tidak pernah kenal akan dirinya. Hinggalah Mei lalu, lili menegur aku di hadapan lift.

"izuan, aku nak menjemput ni?"

"waa, bila?"

Aku sebenarnya tergamam. Cuma sepanjang menyemak kertas PSPM itu, aku selalu tertoleh melihat dia kat belakang. Air muka dia memang lain gila dengan lili yang aku kenal. Muka dia memang "bersinar" sungguh aku tengok. Mungkin sebab meja kumpulan dia betul-betul bawah lighting kot. Haha

"tak nak tanya ke dengan siapa?"

"hah, dengan siapa? Aku kenal ke?"

"dengan faiz.."

Aku terdiam sebentar...

"aku tak terkejut.."

"tak terkejut? Kenapa plak?"

"sebab dia kenal hang..."

Bila nama faiz itu disebut, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi pada hati aku. Kerana itu aku terdiam bukan kerana terkejut, tetapi kerana sudah sekian lama kejaiban sebegini tidak Allah tunjukkan pada aku.



Waktu ni teman diorang berdua dating. Kahkahkah. Teruk aku fitnah diorang ni. 

Teman Baik.

Faiz ini, teman baik aku ketika di UK. Hubungan kami bukan calang-calang. Walaupun berlainan universiti, kami selalu bermusafir bersama. Orangnya sangatlah lemah lembut, baik hati dan tak reti marah lansung. Tapi kalau mengumpat dengan dia best. Haha. Pandai memasak dan tersangatlah sopan dengan manusia. Sebab itu mana-mana dia pergi, mesti orang suka sapa. Dan dia punya bijaksana tu memang dahsyat. Dengan aku sembang benda lagho jelah, sebab mana aku reti nak sembang pasal biotech dengan dia. Hehe

Time awalawal kenal faiz. Waktu ni biasa la jiwa muda, beriya rambut panjang. serabut.

 
Kerja kat dapur dengan dia. Waktu ni dia ketua chef. Memang pandai gila masak.

Cuma, hubungan kami terputus sebaik sahaja aku balik Malaysia. Dan aku sendiri mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan kenalan-kenalan di UK. Bukan dengan dia je, dengan ahli-ahli rumah aku pun entah apa khabar beritanya. Segan sangat rasanya nak berhubung dengan mereka semula. Sebab aku Memilih untuk terus hidup sederhana tanpa impian besar-besar seperti mereka.

 Hari-hari terakhir aku dengan dia kat UK. Dia sorang je bagi bunga kat aku. 

Keajaiban jodoh mereka berdua, aku menjadi tersangat lega menyaksikannya. Kerana aku sangat mengenali faiz, dan dia sememangnya orang yang sangat lili perlukan untuk kekal bahagia hingga ke syurga. Alahai, ayat aku. Tapi nampak dalam gambar, hang macam dah makin gemuk je paiz. Hahaha.

Penutup Kisah Bakungtai.

Bunga Bakung itu adalah nama lain kepada bunga lili. Yang pernah aku bahasakan ketika mencoret beberapa kisah mengenai dirinya. Ia hadir saat fitnah aku pada dirinya semakin memuncak. Yang "tai" tu tak payahlah tanya ye. Dah memang nama dia lili tai. Penyatuan dua sahabat baik aku ni akhirnya menutup semua fitnah yang berlaku. Dan kegembiraan besar aku melihat kisah cintanya berakhir dan bakal bermula dengan baik.



Sebenarnya, aku ada tulis something yang aku namakan sebagai "Warkah Bakungtai" dua hari lepas. Entah macam mana time duk tunggu mesin basuh berputar, tetibe idea mencurah-curah ke ladang gandum. Dan ia akan secara rasminya menutup kisah amoi ini inshaAllah. Aku bagi sedutan jelah dulu ye lili. Kalau nak penuh, tolong emelkan gambar yang adik hang tangkap kat aku eh. Satu pun jadilah ye. Kasihanilah aku yang takdak whatsapp ni. Dapat je gambar tu, terus aku post Warkah Bakungtai tu. Enam perenggan semuanya.

Pemetiknya bukan kera tanpa siuman
Tetapi jejaka yang akrab dengan senyuman
Hilang gusar layunya sebatang kara
Moga hilang coretan duka lara
......

Sedarlah si murai tidak pernah menang
Dan kongkang tiada fikiran mahu menang
Tidak kalah dirimu mengaku salah
.......

Sekian dari Syuib0809..