Thursday 31 March 2016

Coretan Foto Akhir BH

Bismillah.

Lama tak update, bukan sebab malas, tetapi menunggu gambar dari cameraman.

Alkisah tahun lepas.

Aku yang baru pulang dari pekan, melintasi sebatang jalan yang memisahkan blok asrama lelaki dan perempuan. Tiba-tiba ternampak beberapa orang pelajar berpakaian kuning hitam, baju rasmi sebuah program besar di sini.

"hangpa ramai-ramai nak pi mana ni?"

"kami nak pi cafe D cikgu, ada jamuan ANC..." 

"erk... Jamuan?. Saya tak tau pun..."

Menjadi kebiasaan, budak-budak surau itu akan memaklumkan segala perancangan aktiviti mereka sebagai check n balance. Cuma barangkali mereka tidak memerlukan apa-apa dari aku, maka aktiviti makan-makan itu sepi sahaja tanpa berita. Mungkin takut aku makan banyak kot. Hehe.

Malam hari yang sama, aku menegur salah seorang muslimin.

"tadi jamuan buat apa..."

"makan-makan je cikgu..."

"takkan makan-makan je?"

"betui cikgu.. Lepas semua makan nasi tomato terus bersurai..."

Aku secara jujurnya kurang gemar dengan aktiviti-aktiviti "pemalas" macam ni. Bak kata pepatah, seperti melepaskan batok di tangga. Hehe.

Maka tahun ni, aku membebel dengan ahli-ahli badan dakwah ini... Dan hasilnya...


 Majlis wida'.. Hiasan pentas superb. Photobooth superb. Menu, buffet... Persembahan, setiap lajnah kena buat dan lawak. Cuma yang tak syoknya, aku tak dapat join. Terpaksa pergi shah Alam makan Nasi Arab. Cuma seronok mendengar respon mereka-mereka yang hadir. Rata-rata mengatakan best, dan makanan berlebih... 

Jamuan akhir sesi, hebatnya bukan pada berkerusikan emas. Menunya perlu tidak perlu sehebat obama dan semahal-mahal ikan kerapu. Tetapi memori kecil yang tercipta untuk menyimpul penat lelah yang telah dilalui sepanjang bersama, itulah yang lebih penting. Malah, penghargaan juga mahar paling bermakna buat semua yang telah bertungkus lama menghidupkan ANC.

ANC sesi ini, berdepan dugaan yang sangat besar. Bermula dengan Ahli-ahli MT yang melarikan diri dengan menyepi dari amanah yang diberi. Mereka hilang arah tuju. Maka, aku dan "rakan-rakan" mengatur langkah agar semangat dakwah itu kembali dipulihkan.

Akhirnya, lajnah-lajnah kembali bergerak, walaupun MT sudah lumpuh dan hilang tanpa sebarang foto. Benar janji Allah.

 Lajnah Dakwah dan Tarbiyah. Kematian MT yang pada mulanya hampir melumpuhkan Badan Dakwah. Lajnah ini tiba-tiba hadir dengan projek kursus jenazah, yang pada pemerhatian aku menaikkan semula semangat semua ahli ANC untuk kembali bangkit. Afiq dan Mashitah sebagai pemikir utama.

 Lajnah Hal Ehwal Surau(HES). Lajnah yang konsisten. Mereka antara terawal yang hidup kerana menguruskan bulan Ramadhan. Tiada projek besar, tetapi dalam setiap projek mereka berperanan besar untuk perhiasan pentas. "kaki" pentas, si azrul dan nabil.


Lajnah Publisiti. Diketuai oleh Abu dan Adila. Cuma di akhir sesi, si Adila dan Nuqman  pula seperti melarikan diri. Namun, penghasilan  lembaran ANC tetap terus istiqamah. Cuma, malam tu, lajnah ni takde buat persembahan, sebab si Abu ni tak minat bende-bende gini.

Lajnah Akademik. Susah nak hidupkan porfolio mereka. Namun rata-rata mereka beroleh projek besar seperti Dikir Zikir. Malah mereka antara Tulang Belakang terkuat ANC. Tahun hadapan, aku sudah menyiapkan pelbagai projek untuk diletakkan di bawah mereka. Tengoklah, berjaya tak angan-angan nanti..

 Orang-orang kepercayaan aku. Mereka berempat, termasuk Hazli dan Afiq yang tiada dalam gambar. Kebanyakan idea, dan pembinaan idea, aku salurkan kepada mereka terlebih dahulu. Keyakinan aku kepada mereka untuk menggerakkan, merancang dan merealisasikan semua idea, menyebabkan besar harapan aku untuk mereka terus istiqamah dalam dakwah.
 
 Jarang aku letak gambar muslimat. Tapi mereka buah-buah hati(kecuali tudung hijo, x pasal2 jd buah mulut). Semua perihal muslimat, mereka adalah saluran utama. Kegigihan mereka menjaga badan dakwah ni memang superb. Dan tahun depan, amanah seberat itu akan diserahkan pada si Nik, yg bertudung ungu.

Tempoh yang sangat singkat, tetapi terlampau banyak yang telah mereka lakukan. Bilangan yang ramai itu, hanya sedikit sangat yang istiqamah. Tahniah kepada yang tetap berada di jalannya.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).  Attaubah

Wajah baru, pemikiran baru, semangat baru. Maka selamat pergi buat kalian yang masih baru!!!


Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah kasih kepada mereka dan mereka juga kasih kepada Allah; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sekian dari Syuib009

No comments:

Post a Comment