Sunday 27 December 2015

Diari Kotak Kayu

Bismillah.

Cuti empat hari, aku mereput kat rumah bujang seorang diri. Mengemop lantai yang selalu terbiar untuk dijinakkan. Juga meng"asah" bakat di dapur dengan menu-menu yang bersilang-seli. Kembali membakar ayam seperti zaman-zaman bergelar mahasiswa dahulu. Saki baki Maple syrup yang dibeli di Setia Alam, tidak pernah lansung mengecewakan si ayam yang sudahpun menghembuskan nafas terakhir.

Menu untuk buat kaum hawa tercabar:

Khamis: Ayam bakar (perapan masala, lemon, bbq sos, maple syrup, oyster sos)
Jumaat: Ayam masak lemak, Sambal Telur Itik. (Resepi biasa2 sahaja, aku banyakkan air asam)
Sabtu: Melatak kat kenduri kahwin. Malam tumis kuah hailam, makan dengan mee segera. (tumis: bawang2, cili boh, ayam, sos cili, sos tiram, sayur,)
Ahad: Ayam bakar, coleslaw, kentang tak putar sangat, kuah percik(santan, cili, gula melaka, serai, kerisik sikit)

"Muzik"  MEMORI

Ketika memori berlansung, aku terperasan alat-alat muzik(percussion) kat surau hampir semuanya sudah uzur. Alhamdulillah, ada sedikit bekalan alat muzik yang pernah aku miliki. Rujukan. Aku tak tahulah nak malu ke tak malu untuk mengaku, tapi aku memang aktif bab-bab muzik ni.

Mengimbau kembali sejarah.

Sekolah rendah: masuk "band"(main melodian) dan Nasyid.
Sekolah menengah: Koir Dilantik jadi ketua kumpulan Kompang, Masuk team caklempong(1st team) dan main Conga untuk nasyid sekolah. Dilantik jadi presiden kelab Muzik (Lagho giler)5: Puisidra
Kolej A level: Dikir Barat dan Nasyid.

Kegilaan hujung minggu di KY. Padahal dalam ni budak-budak yang aktif-aktif dakwah belaka. Alhamdulillah, muka aku ter"hijab". Hanya kain pelekat yang terpamer dalam video ni. Hehe


Cuma muzik-muzik aku lebih kepada seni dan kebudayaan. Yang goyang-goyang kepala tu memang tak layan lansung la.


Minggu lepas, aku berhajat menambah "kemudahan" untuk student-student "surau". Memang lama sungguh survey. Dari harga rm650, kemudian rm450, aku akhirnya ditemukan dengan promosi akhir tahun dari Afro Cajon. Walaupun kualitinya tidak sehebat buatan orang putih, namun bunyinya masih memuaskan hati orang-orang amatur seperti aku. Dan orang-orang biasa akan cakap " macam kotak kayu je, tak nampak pun apa yang alat muziknya"

Inilah Cajon a.k.a Kahon. Duit aku duk perabih beli benda-benda macam ni. Yang selipar dah putuih tali pun berat nak pi beli baru. Baju pun selagi muat, selagi tulah aku pakai. apepun, secara jujurnya, aku tak suka disiplin penjual benda ni.

Namrud dan Julaibib

Kolej dikejutkan dengan kematian seorang pelajar tahun dua, semester 4. Secara jujurnya, aku tidak lansung mengenali beliau. Kematian dengan penyakit yang ahli keluarga sendiri tidak mengetahui, maka ia sangat-sangat mengejutkan. Selesai tahlil, aku kongsikan dua buah kisah.

Kisah Namrud dan Nabi Ibrahim yang dialognya ternukil di dalam Albaqarah:



أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (258) }
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata, "Saya dapat menghidupkan dan mematikan." Ibrahim berkata, "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat." Lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


Juga kisah pemuda Ansar bernama Julaibib yang calon isterinya di"jamin" oleh Rasulullah.

Namrud itu, segala-galanya ada dalam tangannya. Kaya, berkuasa, hingga terasa dia tidak akan dimatikan. Kelupaan kepada kematian, raja itu dibunuh oleh binatang yang kita semua adalah pembunuh tegarnya. Si bangga yang mati dalam keadaan hina.

Manakala Julaibib, pinangannya ditolak oleh bakal mertua kerana tiada rupa dan harta. Namun si miskin ini sentiasa ingat kepada kematian dan bercita-cita untuk syahid. Saat perkahwinannya semakin hampir(ada riwayat kata dah kahwin), dia menyahut panggilan jihad dan syahid. Si miskin dunia ini Allah muliakan kematiannya.

Peringatan kita untuk mati, memuliakan kematian kita.

Kisah Cinta Tiga Negeri.

Untuk tahun 2016, aku berhajat untuk menulis cerita ini. Kisah yang menghuraikan "puisi-puisi" aku satu ketika dahulu. Puisi pertama Acuan dan Roda. Puisi kedua Mughith dan Barirah. Banyak sebenarnya kisah di sebalik dua coretan tersebut. Hati aku dah suruh aku berhenti dari mencari jodoh. Nak cari kebendenya, empat hari ni pun balik2 duk pusing masjid, pasar, supermarket dan kembali ke rumah juga akhirnya. Phone pun jarang beno berbunyi. Kalo mesej masuk pun akan berbunyi:

"Cikgu, kawan saya tinggal kunci dalam bilik. cikgu boleh tolong tak..." Hahaha

Tertarik dengan kata-kata ini.
"kita tak mungkin boleh menghentikan hati kita. Tetapi hati ni yang selalu memberhentikan usaha kita..."

Okeh, bye...



Sekian dari Syuib0809.

Thursday 17 December 2015

MEMORI Ayah Tiri

Bismillah...

Bukan tiada masa untuk menulis..
Cuma tiada tenaga untuk mengisi masa dengan menulis.
Terbaring dengan batuk dan selesema yang sudah berlarutan lebih 3 hari...

Demam yang menyerang di hari kedua berlansungnya MEMORI, akhirnya berjaya melumpuhkan bekalan nasihat buat keesokan harinya.

MEMORI tahun ini, penuh kejutan dan harapan.
Berbeza dengan event-event kolej yang lain, MEMORI itu tidak berjaya menjadikan student sebagai pak turut semata-mata. Mereka dilatih menjadi Tuan, Perancang, Penggerak serta Pemikir bagi segala corak dan bentuk Program.

Ketika Majlis Tertinggi MEMORI dihimpit dari kanan dan kiri, atasan dan yang bawah-bawah, mereka dipaksa menerima realiti, yang hakikatnya MEMORI itu tidak punya "tempat" di hati bapa-bapa kandung mereka sendiri. Diasak sebegitu rupa, entah semangat apa yang masih berbaki untuk anak-anak kecil itu meneruskan.

Masa yang dipendekkan, bajet yang ditidakadakan, tarikh yang terkeluar dari kalendar hijri dan masihi, event Islam itu persis seperti anak tiri. Aku dan Ustaz Hazrin yang teringin menjadi ayah Tiri, memujuk anak-anak ANC

"kita guna sahaja apa saluran yang ada dulu... Tak kisahlah berapa hari, tak kisahla ada bajet ke takde,. Yang penting, "jadi" dulu... Masalah lain, nanti kita settle sama-sama..."

Mengejut, anak-anak itu diberi dua minggu untuk menggepalai segala-galanya...

Dan Hebat, mereka berjaya merealisasikannya...
Kehebatan MEMORI tahun ini, amanah berjaya diserahkan kepada orang yang benar-benar amanah. Keberanian mereka mencuba benda baru, maka bentuk MEMORI kali ini tidak terikut-terikut dengan peninggalan aktiviti "nenek moyang" mereka zaman-berzaman.. Kesannya, semua aktiviti mereka ada hujah belaka, bukan ikutan semata-mata. Ia bukan sekadar ada nafas, tetapi ada roh.

Bajet dari Kolej yang menghampiri Sifar, anak-anak ini belajar mencari duit dengan pantas. Berjimat cermat dalam setiap pembelian, malah membisik pengorbanan wang sendiri tanpa bunyi. Wang sedikit yang ada, perlu mereka fikir untuk digunakan kepada perkara yang terbaik sahaja.

Ilmu yang tiada ketemu dalam bilik tutor dan Kuliah, aku terpaksa mengakui, mahal benar ilmu yang mereka peroleh dalam MEMORI kali ini.

Kesilapan dalam setiap keputusan yang mereka buat, adalah pengalaman yang tidak mungkin pelajar nerd dapat dengan sekadar menggendong buku kehulu-hilir. Dalam keadaan masih ada sebilangan kecil pengajar yang berdialog:

"fokus diorang study... Bukan sibuk buat bende-benda macam ni...."

"tak boleh bagi kerja kat budak-budak ni, nanti parents marah sebab kacau masa study diorang..."

Aku percaya, mereka peroleh seribu satu ilmu yang manfaatnya jauh lebih besar berbanding sekadar berfoya-foya di universiti. Cuma sayang, ilmu itu tiada nota, tiada paksaan hafalan, peta minda untuk diijazahkan. Kemasan Ilmu dari pengalaman, tersemat dan memandu sampai bila-bila.

Kumpulan nasyid paling lawak. Penampilan bukan main, sekali suara masyaAllah.

Apapun, setinggi-tinggi tahniah dan hormat buat barisan Majlis Tertinggi MEMORI yang berjaya mengubah tangisan menjadi senyuman. MT yang sangat Mantap dan "Hardcore".. Gila diorang ni. Paling lawak, boleh plak sampin pengarah memori(si afiq) terlondeh time iring bagi hadiah. Gelak satu dewan. Kahkahkah

Special respect/tabik spring kepada mereka-mereka ni:
Team EKSPO (kumpulan paling Unbelievable!! Unexpected)
KD Outdoor.. Luqman dan Intan (dahsyat kepimpinan diorang berdua ni)
Ajk Persiapan Pentas (anak-anak buah paling berdikari... Pentas simple tapi cantik)

TEMA pentas: Lampu ECO 2 Ringgit. Haha

Special thanks kepada 3 anak dara ni(Azreen, Farahanim, Adela), kena paksa hidupkan belakang surau dengan tiba-tiba. 

Seribu kemaafan kepada anak paling "nakal" iaitu AJK penutup, pembukaan dan gimik. Ni memang paling banyak kena marah/tengking dengan bapa tiri.

Semoga kalian beroleh sesuatu...


"Tidaklah sama antara orang-orang beriman, yang tinggal duduk (di rumah) bukan kerana keuzuran, dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah, dengan harta dan dirinya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjuang dengan hartanya dan dirinya dari orang-orang yang tinggal duduk. Kepada tiap-tiapnya, Allah menjanjikan kebaikan tetapi Allah memberikan pahala yang berlipatganda kepada orang-orang yang berjuang lebih daripada orang-orang yang duduk."
(TMQ An-Nisa', 4:95)


Dari Bapa Tiri yang menyorok tanpa gambar.

Sekian dari Syuib0809.


Monday 7 December 2015

Diari Gambar hujung minggu

Bismillah.

InshaAllah, untuk post kali ni banyak gambar je...

Ahli-ahli badan dakwah kolej, selalu sangat nampak macam terbiar. Sedangkan dua minggu pembuka tirai ini adalah waktu terbaik, untuk para pelajar dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kesabaran yang sangat nipis dalam diri, aku cuba menggerakkan mereka dengan menggunakan pintu "ghaib". Memandu dengan ilmu yang entah bila akan menyesatkan mereka. Maka, hujung-hujung minggu itu, aku bekalkan mereka dengan beberapa projek mengejut.

 Projek pertama: Lakonan Forum Remaja QnA

Projek kedua: Bengkel dan LDK untuk Naqibah sahaja.(tiada gambar)

Ada beberapa buah projek lagi yang tak boleh di"bongkar"kan. Namun projek yang paling aku fokuskan ialah program Dikir Zikir ni. Program yang tidak menjadi kenyataan pada sesi lepas. Aku memaksa ahli-ahli badan dakwah itu untuk berusaha merealisasikannya. Sudah terbiasa menjadi pak turut cikgu, besar impian aku agar mereka mengubah paradigma. Biar mereka berfikir, dan berani menanggung "akibat" dalam setiap keputusan yang mereka buat sendiri.

Namun, penyakit-penyakit berjangkit itu masih ada.

"cikgu... cikgu nak berapa banyak kayu tu?"

"cikgu... stage tu nak letak mana...."

"cikgu... persembahan nak mula dengan apa dulu..."

"kamu fikir sendiri... jadi tak jadi, lawa tak lawa, tak kisah... Yang penting kamu fikir. Belajar rasa bertanggunjawap sikit dengan keputusan kamu tu... dalam program ni kamu ketua, saya tukang bagi duit dengan idea je..." Siot... abih duit aku.

"Pentas" yang bermula dengan tiada. Memang takde apa-apa lansung pada mulanya, termasuk tiada pentas dan papan backdrop. Hasil kreativiti Azreen dan rakan-rakan. Tahniah. Hanya guna barang terbuang/terpakai sahaja.



Hujung minggu lalu, aku bertekad untuk balik ke teluk intan semata-mata nak pegi kenduri si Bayern dengan Lisa. Pukul 4.40 pagi bertolak dari penang dan sampai rumah dalam pukul 7.30 pagi. Tak boleh nak bertolak awal sebab macam-macam hal student aku kena uruskan. Dalam hati "apehal la semua benda aku nak menyibuk..."

Kesian pengantin kena kepit.

Waktu nak mai kenduri Bayern, nampak kereta Sopek dengan Bana melintas depan aku. Punyala lama aku tunggu nak masuk sama-sama, sekali batang hidung pun nampak. Last2, sempat jumpa reman je. Aku kena balik ke kolej sebab bertugas sebagai Felo bermula jam 4 petang. So, tak dapat la nak jumpa makhluk-makhluk kesayangan ini yang suka mai lewat.

Lawak nengok bana. Makin menonjoi.

Pukul 2 petang aku dah bertolak kembali ke kepala batas. Sebaik sahaja sampai kolej jam 5.15 petang, aku memantau kembali progress dikir zikir ni. Alhamdulillah, seronok tengok kehadiran yang memberansangkan dalam keadaan begitu banyak program lain yang turut berlansung. Dan paling syok, tengok pengacara majlis yang sungguh2 menghiburkan dan "masuk air".

Program yang merasmikan ruang beratap belakang surau.

Akibat "teruja" dengan ruang belakang surau yang sunyi sepi, aku dengan tak semena-mena terbeli benda alah ni. Sebenarnya dah lama sungguh nak beli benda ni, tapi entah syaitan atau malaikat yang menghalang aku. Bantuan dari si luqman(student), aku akhirnya berjaya memiliki benda ni. Ingatkan kalo portable, bunyi macam siput, sekali bila pasang bergegor surau tu. 15 inch plak tu woofer dia.



.

 Lebih kurang macam ni depan belakang dia. Memang puas hati. Oleh kerana kat UK dulu aku pernah tergila-gilakan benda macam ni(tengok sini), so semua "saki baki" alat yang aku boleh bawak Malaysia, semua aku gunakan balik. Portable PA ni ada dua mic wireless, dan dua lubang untuk cucuk mic. Kira total 4 lah. Tapi aku ada mini mixer  waktu kat UK, so, boleh masuk sampai 6. Keh3x..



Tu aku punya yang tengah-tengah. Yang tepi tu kolej punya. Leh cucuk satu je.

So, kepada rakan-rakan kenalan yang nak buat rehlah ke, tamrin ke, mukhayyam ke, program berbentuk islamik ke, bolehlah pinjam. Tak kisahlah kalian dari "kumpulan" mana. Benda ni boleh cover dewan untuk 300 orang. Yang tak boleh oren je. Keh3x. Jahat gak aku ni...

Lama tak menulis macam ni. Bye

Sekian dari Syuib0809.