Thursday 15 January 2015

Fikir PK: BerTuhan tanpa beragama?

Bismillah.

Selesai menonton sebuah Filem kontroversi yang dikatakan menarik di media massa. Lakonan pelakon veteran Aamir Khan yang kerap kali tampil dengan mesej unik. Kelainan yang ditonjolkan dalam Filem Three Idiot dan Taare Zameen Par, menyebabkan aku amat beriya mencari video online untuk filem yang berjudul PK ini. Mengambil 3 ruang waktu untuk menghabisnya kerana kekangan masa. Hmm.. Menarik dan merbahaya.




Sinopsis.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan seorang "alien" yang turun ke bumi dan kehilangan remote controlnya. Kehilangan itu menyebabkan dia meminta pertolongan manusia yang memperkenalkan dirinya kepada "Agama". Cabaran besar bagi "alien" yang tidak pernah kenal Tuhan dan tidak pernah memerlukan Tuhan, maka bagaimana mahu memperkenalkan konsep "agama dan Tuhan" kepadanya. "Agama" yang terlalu banyak di dunia menyebabkan alien ni runsing mana satu Tuhan yang benar dan pengamalan agama yang betul. Hingga akhirnya dia ternampak bagaimana kepercayaan kepada Tuhan ini sebenarnya dimanipulasikan oleh Manusia untuk mengaut keuntungan dan memperolehi kehormatan dikalangan manusia. Istilah "wrong call/number" menjadi intipati utama bilamana Aamir Khan dan Anushka Sharma merasakan semua yang dikatakan orang agama sebenarnya bukan dari Tuhan tetapi dari manusia sendiri. Manakala manusia pula tersalah men"dail" sesembahan mereka. Yang disembah mereka sebenarnya bukan Tuhan, tetapi makhluk, patung, simbol dan lukisan semata-mata.

Menghina Islam?

Filem ini banyak "mengejek" agama secara keseluruhannya. Latar belakang di negara india, menyebabkan agama Hindu menjadi perbualan utama. Ada juga menyentuh agama sikh, Buddha, Kristian dan Islam, namun tidak banyak. Menariknya, agama hindu diejek kerana menyembah patung(ini paling banyak dipertikai dalam filem ni), kristian diejek kerana macam menyembah patung Jesus.  juga dipertikai amalan Baptism dalam air. Manakala agama lain banyak diejek kerana adanya perantara. Tapi hampir tiada ejekan kepada ibadah Islam yang tidak meletakkan sebarang perantara, malah mengucap syahadah pun tak payah "bayar" dan "bawa hantaran" apa-apa.

Ada sedikit mengkritik amalan melukakan diri pada hari asyura oleh puak syiah(for me, this is not part of Islam) dan juga video kanak-kanak perempuan Islam yang kononnya mengadu mereka difatwakan haram pergi sekolah, lelaki je boleh. Sekali lagi, bagi aku tidak lansung berkaitan dengan Islam. Punye melambak pelajar perempuan belajar dekat seluruh dunia, tetiba kata Islam mengharamkan perempuan pergi sekolah, kecelaruan fakta barangkali. Atau ada mesej lain di sebaliknya?

Bertuhan tanpa Beragama

Sebenarnya, filem ini nak beritahu banyaknya benda yang manusia "ajarkan" bukanlah dari Tuhan, tetapi dari kata-kata mereka sendiri. Menjadikan diri mereka boleh bercakap dengan Tuhan, kononnya sebagai wakil Tuhan, atau lebih teruk lagi menjadikan diri mereka Tuhan, itu yang ditentang dalam Filem ini. Persoalan yang ditimbulkan ialah Tuhan yang Esa, tapi kenapa ajaran dan ibadah semua agama berlainan. Patutnya sama jelah. Filem yang membawa manusia percaya kepada Tuhan, tapi tidak percaya kepada agama. Lalu persoalan utamanya tergantung, Agama mana yang BENAR dan menyembah Tuhan yang Benar. Tertinggalnya persoalan yang lebih utama iaitu, bagaimana mengetahui sebuah "agama" itu benar-benar datang dari Tuhan? Filem yang sedikit celaru. Mengajak manusia berTuhan tetapi tidak tahu bagaimana berTUHAN.. Tiba-tiba je isunya beralih menjadi isi cinta.




Apepun, aku tertarik dengan ayat ni:

"Tuhan tak perlukan manusia untuk lindungiNYA. Tuhan yang cipta alam seluas ini, tiba-tiba manusia yang hidup dalam panet sekecil bumi, berada dalam negeri yang kecil mahu melindungi Tuhan?

Tidak pasti mahu cadangkan kepada kalian untuk tonton atau tidak. Melihat daripada sudut yang berlainan mampu menyebabkan manusia menjadi liberal dan tidak percaya kepada orang agama. Atau dalam bahasa islamiknya mungkin anti-ulama'.. Lagi-lagi anak muda yang kerapkali kabur dalam urusan beragama.

Wallahualam

Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment