Wednesday, 7 May 2014

Mughith dan Barirah

Bismillah.

Sudah seminggu meninggalkan SMKTAR Nibong tebal. Dalam minggu terakhir tersebut, aku berjaya mengkhatamkan buku Dr MAZA bertajuk Aku Ingin Kembara Lagi. Mengumpulkan beberapa penulisan beliau semasa berada di Oxford, UK. Hampir kepada bentuk Travelog, namun sangat banyak artikel yang membentuk pemikiran. Menjadikan manusia kembali berfikir, tidak lagi sekadar mengikut tanpa usul periksa. Antara yang menarik ialah bagaimana agama sangat perlu dipisahkan dengan politik. Ceng3x, sekularkan bunyi? Isu ni dikupas dalam sudut pandangan berbeza. Banyak lagi perkongsian yang aku kira berjaya mengubah pandangan para Asatizah apabila berada di bumi "kafir" ni. Melihat bumi eropah dari kaca mata yang berbeza. Mengembaralah...



Dalam buku ni ada hadis tentang Cinta Mughith kepada bekas isterinya iaitu Barirah. Menarik kisahnya. Dah banyak kali jumpa, namun baru kini aku berjaya menghayatinya. Maka, aku tuliskan sedikit "madah" rabu minggu lepas sempena mengingati point utama kisah tersebut dan kisah aku yang kini berhijrah ke matrikulasi pulau pinang. Ada kisah dan wajah yang ingin aku ingati sepanjang berada di Nibong Tebal.
Mempersembahkan..

Mughith dan Barirah

Indah sungguh cinta Mughith
Mengundang perhatian kekasih Allah
Kehairanan sahabat bernama 'Abbas
Bagaimana cinta setinggi itu
Mudah ditolak oleh Barirah

Nabiku meraikan cinta
Kerna dalam cinta ada segala-galanya
Malah cinta penanda hatiku dan hatimu belum mati
Sama ada kerana dosa
Atau kerana dinista
Bercintalah..
Moga rohmu dibangkitkan bersama orang yang dicintai

Hari ini
Aku beredar dari bumi tiga negeri
Meninggalkan seraut wajah 
Yang pernah ku impi melihatnya sebelum ini
Empunya yang tiada jawapan
Sunyi... 
Bertemu tanpa suara
Berpisah tanpa bayangan wajah

Diari cinta sememangnya unik
Baru kini diri  mengerti
Apa makna mencintai tanpa sebab
Bukan kerana keperluan 
Apatah lagi kerna kebanggaan
Aneh, sekadar cinta

Cinta sejati nilainya hebat
Mengubah si nakal menjadi puitis
Merubah si pemalu menjadi berani
Biar pasti cinta ditolak
Namun masih terukir senyuman dibibir
Kerna cinta kuatnya pada memberi
Rapuhnya dek asyik menerima.

Mughith dan Barirah 
Lambang kasih suci dari sebelah pihak
Kisah yang tidak sesempurna Ayat-ayat Cinta
Apatah lagi seajaib Ketika Cinta  Bertasbih
Namun CINTA yang menjadi watak utamanya
Bukan Fahri, bukan juga mas Azzam
Cantiknya CINTA
Mengalahkan doktor Vivi
Ngak setanding si Anna Althafunnisa

Bercintalah anak muda
Namun jangan leka dan alpa dengan cinta
Dunia ini tidak lebih dari mainan dan gurau senda
Cintamu kepada manusia selalu hampa
Kerna kamu rasa yang dicintai itu jodohmu
Sedangkan ketentuan Allah adalah kebaikan buatmu
Teruskan hidup
Moga terbentang jalan ke syurga buat kita


Jiwang tak? Kah3x

Sekian dari Syuib0809

2 comments:

  1. Kannn~~~oh. excited ada gak buku yang ko baca aku dah baca.Terasa menang.hahaha ho! This one my fav author. Though, every single of his books present almost same ideas/topic. Regardless, always refreshing. Good job selecting this. <<--dah kenapa ak speaking.

    dan...ewww.Ko.Memang.Jiwang.Karat. -Not arguing.

    ReplyDelete
  2. Best kot layan jiwang2 ni. Haha. Apa buku hang beli kat pesta buku tahun ni?

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.