Thursday 22 March 2012

CORELLE Whetstone

Bismillah

Hari ni macam biasa, hari cuti tanpa kelas untuk pelajar mathematics tahun akhir. Oleh kerana aku tak berapa sihat, memang biasalah tekak ni mengidam macam-macam. Sepatutnya, Izwan ajak ke birmingham untuk makan Mindi. Tapi oleh kerana dia mengalami sedikit kehilangan mood(sebab exam), maka plan tersebut batal serta merta. jadi, aku pun pergilah makan makanan yg hampir sama dengan Mindi, iaitu makanan orang Somalia. Memang lama sungguh tak pi makan.

Oleh kerana kedai makan tu dah dekat dengan kedai menjual pinggan CORELLE, aku pun pergilah kejap kat sana. Naik basikal, jadi aku tak bercadang nak beli sebab agak susah nak bawak balik naik bende alah tu. First time aku pergi, jadi jenuh gak mencari kat dalam kedai tu yang merupakan kedai orang India. Puas tengok sana sini, rupenye dia ade tempat khas untuk pinggan mangkuk CORELLE je. Harga die bagi aku boleh tahanlah gak berpatutan. Tak mahal tak murah. Ni contoh-contoh yang ade:

Harga pinggan petak macam ni GBP95.00. Beli satu percuma satu. Kirenya harga tu untuk dua lah.

Setiap set ade 16 keping. 4 pinggan, 4 piring, 4 mangkuk dan 4 cawan


Aku tengok harga kat Malaysia, satu set tu die jual sampai RM360. Giler mahal!!
Untuk harga pinggan bulat, satu set GBP60. Sekali lagi beli satu percuma satu. Kirenye harga untuk dua la kan?
Aku suka plain punye. Mungkin sebab aku lelaki.

Aku cadang nak beli satu set petak, satu set bulat. Kirenya 4 set semua. Berat gak nak bawak balik ni.

Balik je dari Perkampungan somalia. Aku teruih baring sebab memang tak sedap badan dengan demam semua. Bangun solat asar aku pun cek emel. Tengok orang yang aku beli projector screen kata boleh ambik dah screen tu. Murah je, 3 pound. Jadi, bertolaklah aku ke perkampungan WhetStone dalam kul 5 petang naik bus. Lawa tempat die, memang kampung-kampung sikit. Dan biasalah kawasan kampung ni biasanya dipenuhi dengan orang tempatan yang sangat bersih, peramah dan sopan santun. Pakcik yang jual screen kat aku ni pun siap sambut aku lagi lepas aku turun bus.

Oleh kerana diorang punye sleng memang pekat, aku sedaya upaya cuba menghabiskan perbualan secepat mungkin. Giler apa, memang susah nak faham. Sampai rumah balik dalam kul 6.30 petang. Ayam masak paprik sudah menanti.


Sekian dari syuib0809

Tuesday 20 March 2012

Hobi menjadi Bisnes

Bismillah..

Maaf sangat tak dapat nak update blog ni. Bukannye, takde masa, tapi takde cerita. Hujung minggu pun duk melangut je kat Leicester. Hujung minggu ni cadang nak keluaq, tapi tak pasti nak pergi mana. Nak ambik dulu kamera yang tertinggal kat rumah kawan, lepas tu baru boleh jalan-jalan. Oklah, habi aku sejak bulan november yang lalu ialah mencari projektor. Memang pendek kata gila projektor la. Aku ingat, kadang-kadang tu men beli je tanpa fikir panjang. Entah nak gune ke tak, aku pun tak tahu.

Projektor boleh dikatakan benda yang sangat digunapakai oleh orang yang bawak usrah ataupun yang suka buat program keagamaan. Yang sedihnya, setiap kali nak buat aktiviti, mesti duk tercari-cari projektor ni sebab sangat jarang orang ada. Aku sendiri pun dulu ada mindset yang projector adalah benda mahal yang tak mampu dibeli oleh student. Hinggalah, pencarian aku november lalu, barulah aku tau murah je sebenarnya projektor second hand kat UK ni.



Optoma DS316

Toshiba TDP-S8BenQ MP620
ACER PD100s

Gambar-gambar di atas ni ialah antara projektor yang aku baru beli. Kegilaan aku akhirnya aku tukarkan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Aku mula jual projektor yang bila aku fikir balik, takdela aku guna sangat banyak2. Aku mula jual bulan satu hari tu kat kawan2 terdekat. Lepas tu aku mula simpan azam, nak bekalkan kat mereka-mereka yang selalu buat program agama dan guna untuk mengajar(bakal guru). Setakat ni, aku dah berjaya jual 4 bijik.

Baru-baru, aku tingkatkan promosi dekat kawan-kawan terdekat. Tak sangka sampai Malaysia beritanya tersebar dan diorang pun nak. Yelah, projektor kat Malaysia mahal giler2, yang ade kat aku semua bawah RM500. Sekarang ni, aku dah dapat lebih kurang 6 orang yang duk tanye2 dan tempah. Aku takdela nak berniaga sangat, tapi nak galakkan diorang ade bende2 macamni supaya senang nak buat aktiviti diorang. Memang murah sangat aku jual. Sape2 nak, bagitahu jela aku, aku try carikan. Sambil jual, dapat sikit pahala.

Mari bertolong-tolong di atas perkara maaruf.

Sekian dari syuib0809

Thursday 15 March 2012

Nusaibah Binti Ka'ab

Bismillah.

lama tak update blog ni. Kamera pun takde kat aku sekarang, so susah nak upload gambar ke apa. Sekarang ni, aku sedang baca sebuah buku sirah Nabawiyah karangan Mustafa Sibaie. Antara kisah sirah yg sangat sahih kalau nak bandingkan dengan buku-buku cerita yang entah dari mana ntah penulisnya. Tapi, before aku start baca dari awal, aku ke ruang Peperangan atau Ghazwah sebab memang selalu lupa pasal sejarah perang ni.

Banyak sebenarnya perang berlaku di era Madinah, cuma yang besar je ditulis dalam buku ni seperti badar, Uhud dan Hunain. Di ruang yang ade ni, aku nak berkongsi kisah di perang Uhud. Kisah menarik yang first time aku dengar walaupun femes sebenarnya cerita ni. Kisah Nusaibah Ummu Umarah:

Aku buat ringkasan jelah ye.
Tika mana umat Islam kembali dikepung dalam peperangan Uhud, maka tersebarlah berita pembunuhan Rasulullah S.A.W. Dan kerana takut, ramai tentera Islam yang berpatah balik ke Madinah dan tinggalah beberapa sahabat yg setia. Bila musuh nampak nabi ketika itu, diorang cuba memanah dan terus membaling batu ke arah nabi. Maka, datang sahabat-sahabat diantaranya Nusaibah binti Kaab(seorang muslimat dari golongan Ansar) yg meninggalkan kerjanya sebagai pemberi minum dan merawat tentera, untuk melindungi Rasulullah. Dalam peperangan ini, terdapat luka yang sangat banyak pada Nusaibah ketika melindungi Rasulullah. Turut berada di situ ialah dua orang anaknya dan suaminya.

Ketika peperangan ini, nabi mendoakan Nusaibah sebagai ahli syurga.
Beliau juga adelah antara orang pertama yg berbaiah kepad nabi ketika di Aqabah.

Sekian sahja perkongisn singkat.

Sekian dari Syuib0809

Saturday 10 March 2012

Opportunity Cost dalam hidup

Bismillah..

Lama sungguh tak merasa hujung minggu di Leicester. Tambah plak hari ni dapat main bola dengan kawan-kawan dekat court Futsal. Lama gila aku tak main bola dengan diorang ni sebab time aku ade diorang tak main dan time diorang main mesti aku takde. Sabar jela. Minggu ni takde projek apa-apa sangat. Aktiviti yang besar pun ialah perlawanan All England yang aku malas giler nak keluarkan duit untuk bende macam tu. Tapi memang ramai gila orang Malaysia yang pegi Birmingham untuk tengok match tu..

Nak habiskan duit utk bende macam tu memang sayang sangat rasanya..


Gambar-gambar di atas ialah kawasan bunga yang terletak di Amsterdam. Dan nama tempat ni ialah keukenhof. Kalau sape-sapa yang pernah baca buku "AKU ANAK TIMUR", mungkin inilah tempat bunga tulip yg sering digambarkan dalam novel tu. Waktu tu fom 1, memang tergila-gila la membayangkan kecantikan taman ni. Aku dah tengok tiket flight, tiket bus dan tiket masuk taman ni. Kalau datang dua hari satu malam, memakan cost sekitar 100pound. Boleh dikatakan berbaloi. Tapi masalahnya...

Aku ade duit, tapi aku kena juga simpan duit untuk balik.
Dah mula kena pikir pasal nak beli keta, rumah, motor dan kereta. Kahwin?
Banyak lagi program lebih penting yang aku kena pergi sebagai pelaburan akhirat
Paling penting, aku akan ke turkey easter ni dan kebarangkalian untuk 6 hari akan habiskan 300pound..

Wow!!

Itulah kehidupan. Penuh dengan opportunity cost. Nakkan sesuatu maka perlu korbankan sesuatu. Tinggal 4 bulan je lagi kat UK, macamne agaknya nak gunakan duit dan wang kita. Aku sebenarnya masih fikirkan sama ada nak lawat Keukenhof ni atau tak. Memang boleh dikatakan peluang seumur hidup. Kalau nak pergi, memang bahaya gila sebab nak pi turkey bagai. Dan aku mungkin takkan ade duit simpanan kalau laksanakan idea ni. Hehe..

Apepun, yang mana perlu dikorbankan agaknya? Ceng3x..
Oh ye, ni gambar ziarah aku di cardiff. Tengah breakfast kat rumah aziz


Sekian dari syuib0809

Wednesday 7 March 2012

SIMPLEnya Cardiff 2

Bismillah..

Pagi keesokannya, aku menunggu diorang ni bangun subuh. katanya nak pegi masjid, tapi aku sendiri tak tau kul bape diorang nak pegi. Last2 dalam kul 6.30 aku nampak daus bangun n then aku pun ikut die smbhyg subuh dalam bilik fayat. Tanye amir, katanya subuh masjid kul 6.15 pagi, sabo jela.. Lepas baca almulk, aziz dan fayat sediakan breakfast. Aku tetibe demand nasi goreng. haha. gurau je, tapi aziz buat betul2 sebab ada nasi lebih banyak kat rumah die. Dalam kul 8.30, kami pun bertolak ke dewan SIMPLE semula.

Hujan renyai-renyai pagi tu menyebabkan ramai peserta datang lewat. Yelah, kebanykannya berjalan kaki. Slot pagi tu menceritakan kekeliruan dan soalan-soalan lazim yang sering ditanya orang bukan Islam kepada orang Islam. Sangat menarik persoalan2 tersebut yang kadang2 kita sebagai orang Islam pun tak tahu apa jawapannya. Lepas rehat kejap jam 11, SIMPLE diteruskan dengan perkongisan bagaimana menjawap persoalan dan salahfaham tadi. Tapi oleh kerana kesuntukan masa, kami kene pilih beberapa soalan sahaja. Antara yang aku sangat tertarik ilah beberapa "contradiction statement" dalam alQuran. Apepun memang menarik

Lepas rehat tengah hari, aku pun berjalan2 kat cardiff..



Sebelum keluar dari dewan simple, aku sempat bertanya kat Aziz, ape bende menarik yang ade kat Cardiff ni. AKu dah pernah pergi cardiff bay, jadi tanya yang selain cardiff bay. Aziz pun bagitau pasal kawasan Cardiff Castle. Die kata castle tu takdela apa sangat, tapi taman belakang die agak best. Aku pun pegila sana, memang lawa lah taman die..

Ni pintu belakang istana ni aku rasa.. Macam biasa la ade tripod.

Dah ade bunga sikit dah kat taman tu. Tempat len takde lagi.

Antara pemandangan yang sangat cantik dalam taman ni..

Stadium rugby belakang rumah amir. Angin kuat giler kat sini sebab dah dekat dengan laut kot. jadi takleh tangkap gune tripod sebab takut tripod terbang.

Ni kat kawasan Bandar Cardiff. tak faham aku bendenya.

Lepas penat pusing-pusing, aku pun pegi tengah pekan mencari makanan. lapo la plak perut ni. Tengok jam, punyelah awal lagi. Rugi plak rasanya keluar awal dari program SIMPLE tu. Aku singgah makan kat chicken cottage yang dapat dirasakan betapa kedekutnya orang kedai tu. Aduih... nak makan mahal2, baru je malam semalam makan buffet. Sementara menunggu train yang bertolak jam 5.45 petang, aku sempat membaca buku yang aku beli kat gerai SIMPLE tgh hari tadi "Umar Abdul Aziz, bayangan Khalifah al Rasyidin".

Kedatangan yang sangat kejap di cardiff sedikit sebanyak mengubat rindu hati. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sana ialah april 2010, waktu tu memang sangat best, budak2 first year lah katakan. Oleh kerana aku rasa ini adelah kali terakhir aku akan ke sana, aku bawa sekali tripod aku semata-mata untuk tangkap gambar kenang-kenangan. Mengubat rindu, membangunkan jiwa daie, segala-galanya dari SIMPLEnya Cardiff..


Sekian dari Syuib0809..

Monday 5 March 2012

SIMPLEnya Cardiff bhgn 1

Bismillah

Internet malam ni teramatlah slow. Aku pun tak pasti kenapa, tapi memang lambat sungguhla nak upload gambar. Hujung minggu baru ni, impian untuk ke program SIMPLE di cardiff tercapai. Walaupun tiketnya amatlah mahal (GBP40 pegi balik), tapi tak kisah sangat sebab program mendalami Islam. SIMPLE ni jemput brother shah kirit yang selalu buat comparative religious. Aku pernah jumpe dua kali kat kolej dulu, jadi memang tau die ni best. Hehe

Bertolak dari Leicester jam 7.15 pagi, dan smpai di tempat program kul 11 pagi. Smpai2, diorang tengah rehat sebentar dan bersambunglah program dengan pengenalan agama kristian. Lepas tu adela buddha, hindu dan kepercayaan orang kristian. Memang pelik-pelik sungguh agama tersebut, tapi menarik sebab kebanyakannya sudah Allah jawap dalam Quran. Dan kita selaku umat Islam kenalah plak smpaikan pada mereka.

Kat bangunan nilah berlansungya program SIMPLE tu. bangunan kimia.

Cardiff ni university lama. Tengoklah dalam die, dah macam cerita harry potter.

Sebenarnya banyak budak cardiff je yang datang. Yang dari luar adelah kawan2 dari nottingham, sorang junior dari London dan beberapa orang budak bristol. Seronok gak jumpe balik senior bernama "Momat" yang aku pernah ceritakan kisah die pergi palestin dulu. Banyak gak budak cardiff yang baru aku kenal walaupun diorang dah 3,4 tahun kat situ. Antaranya ammar, fayat dan Izuan(nama macam aku).

Yang kiri sekali tu orang brunei, namanye jidun. Baik sangat orangnye. Yang len kecuali tepi daus ialah budak luar notts.

Program habis dalam kul 6 petang untuk hari yang pertama tu. Lepas keluar dewan, kami semua pergi sembahyang kat masjid berdekatan dan kemudiannya pergi makan malam. Oleh kerana kereta dah penuh, aku berjalan kaki menuju ke tempat makan dengan daus notts dan Aziz cardiff. Sembang punye sembang, dekat je rupenye kedai makan tu. Dan ianya adelah buffet. hehe.. memang seronoklah, sebab sampai 16 orang masuk sekaligus.

Ni die restaurant nya. Untuk buffet ni sorang kene bayar 9pound. Makanan die boleh tahan la gak. Memang ramai orang datang malam tu. hujung minggu kot

Brother shahkirit yg kemeja hitam tu. Yang paling kiri bertopi ialah aziz cardiff. Muka happy je

Lepas makan, aku naik kereta bersama bro shahkirit dan amir hasyim soksek menuju ke rumah amir. Lepas duduk-duduk kejap, teruih pergi ke rumah Aziz sebab dah janji nak duk situ. Lagipun daus cha semua ade kat situ. Memang seronoklah tidur ramai2, macam kat kampung plak. Aziz bentang tilam bagai dengan macam-macam selimut. sembang punye sembang, dalam 11.30 kami dah tidur. ZzZz


Bersambung esok...

Thursday 1 March 2012

Youtube: Aku Maafkan Kamu

Bismillah..

Pernah sekali dalam usrah kami, naqib aku tanya: "Semua bende dalam dunia ni akan ade penghujungnya. Dulu friendster menjadi kegilaan muda-mudi dan dianggap penting, sampai dinafikan akan hilang pengaruhnya. Namun kini, Facebook sudah mula memansuhkannya. Begitu juga youtube. Melihatkan pentingnya pengaruh youtube dalam kehidpan manusa, agak-agaknya sampai bila youtube akan bertahan?"

Semalam, aku habiskan berjam-jam habiskan menonton wacana sinar harian. Sangat menarik dan sememangnya menarik. Topik orang melayu, tapi ade dua penalis cina. Paling menarik bila Datuk Chua Jui Meng;

"Pilihlah parti yang idealismenya sama dengan Quran, sama dengan hadith"..


Malam tadi, ambik kesempatan untuk lepak kat rumah Ferd. Tetibe lagu dari jamal Abdillah dengan Malique bertajuk "Aku Maafkan kamu" terkeluar. Bob kata lirik lagu ni dan juga mantera beradu ialah ciptaan Malique Too Phat. Kedua-dua lagu ni mempunyai makna yang sangat tersirat dan perlukan ilmu yang tinggi untuk menulisnya. Aku tadi duk hadamkan apa yang si malique ni cuba sampaikan. MashaAllah..



Antara bahagian yang aku tertarik:

Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Lagu yang sangat Islamik. Cukuplah tengok tiga bahagian di atas ni. Boleh tafsir betapa jauhnya orang melayu dari Islam. Aku seolah-olah merasakan malique ni membaca hadith dan mengolahkannya dalam bentuk lirik lagu. Hebat sangat. Antara point yang kita boleh ambil

1) Jangan melabel dan mengumpat orang sebab kita sebenarnya tak tahu apa-apa pun. (dalam hadith)
2) Pentingnya ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan mencurahkan kasih sayang(lihat sirah nabi dengan fatimah)
3) Tak boleh segan mencari ilmu dan jangan hanya pandai berkata-kata kosong (Surah As-Saff)
4) Bezanya ulama dan orang biasa/orientalis. Kita boleh hafal makna Quran, hadith tapi kita tidak mampu mendalaminya seperti ulama'. Kembali kepada Alquran melalui ulama'(dengan berguru) bukan main tafsir sendiri. (Hadith: sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahli, fatwa ikut nafsu.. panjang lagi)

Sekian dari syuib0809