Friday 5 November 2010

Pound... Leicester

Bismillah..

Mari bercerita tentang UK dan Leicester plak. Kalau di Malaysia, kedai dua ringgit boleh dikatakan kedai yang pasti dikenali oleh orang Malaysia. 4 tahun yang lalu, mungkin macam-macam boleh dapat di sebuah kedai 2 ringgit. Tapi sekarang, ape yang ade dalam kedai 2 ringgit sudah tidak bernilai 2 ringgit, malah kebanyakn kedai sebegitu akan menukar namanya dan lebih suka dikenali sebagai kedai serbaneka.

Di UK, dimana-mana saja bandar mahupun pekan mereka pasti akan ade kedai yang barangannya bernilai satu pound. Mungkin ade diantara kita merasakan "alah, kedai-kedai macam ni mesti jual barang-barang tak berkualiti/berjenama". Macam tu gak yang aku rasa bila senior aku bagitahu pasal kedai satu pound ni dulu. Tetapi ternyata anggapan aku tu salah. Kebanyakan barang yang dijual adelah barang yang sangat elok dan juga terdiri hampir separuhnya daripada barang berjenama.

Dekat Leicester, ade dua kedai yang menggelarkan dirinya kedai satu pound iaitu poundland dan gak poundWorld. Bayangkan, kedai die tersangat la besar dan ade macam2 barang dalamnye. Dari makanan, barangan elektrik, kelengkapan rumah dan macam-macam lagi. Barang permainan dan coklat-coklat berjenama gak boleh didapati kat sini. Pendek kata "macam-macam ada".

Dalam kedai ni, takde lansung barangan yang tidak bernilai satu pound

Dulu aku ingat semua kedai satu pound sama je nama, rupenye lain

Bagi golongan orang-orang sederhana seperti kami(student malaysia), kedai satu pound memang tempat utama untuk berkunjung kalau nak beli apa2 barangan rumah. Aku pun pelik kenapa barangan die murah walaupun berjenama. Senior aku kata, barangan-barangan yang dijual ni adelah barangan yang dah nak sampai tarikh luput. Tapi bile aku tengok tarikh luput die, punyela lama lagi. Banyak yang setahun lagi baru nak luput. Kalo yang 4 bulan lagi pun apa nak kisah, nak makan paling kurang 2-3 minggu dah habis.

Sabun basuh, sabun pencuci pinggan mangkuk dan macam-macam lagi keperluan untuk rumah biasanya aku beli kat sini je. Baru-baru ni, ade kedai yang menyerupai kedai satu pound baru dibukak di Leicester. Cuma kelainannya ialah semua barangan die kurang satu pence daripada satu pound. Maka, jadilah kedainya:

Baru bukak kedai ni. Banyak gak barang dalam die.

Tempoh tiga tahun di Uk adalah tempoh yang sangat sekejap sebenarnya. Bila fikir balik, bagus gak aku tulis bende-bende remeh sebegini kat blog ni. Untung-untung, 10 tahun yang akan datang, boleh aku tengok balik blog ni dan imbas semua memory di poundland. Nak pergi UK balik mungkin dah tak banyak duit nanti. Haha.

Sekian

No comments:

Post a Comment