Sunday 21 November 2010

PERGH Coventry atau Warwick?

Bismillah

Malam ni sebenarnya, aku nak siapkan kerja rumah yg kena anto beok. Tapi bila pikirkan blog ni dah 3 hari tinggal, macam terputus pula berita untuk org Malaysia. Jadi, aku nak ceritakan sedikit perjalanan dua hari tiga malam aku di warwick ataupun Coventry.

Jumaat baru ni, memang aku cadang untuk datang ke Coventry bersempena PERGH atau nama panjangnya Professional Muslim Retreat in Great Britain. Dalam masa yg sama, ari jumaat tu gak aku kene siapkan kerja Matlab yg tersangat lah aku menyampah. Aduih. Alhamdulillah, sebelum solat jumaat, aku siapkan apa yang mampu dan terus solat jumaat. Lepas solat, aku kemas barang2 semua dan terus menaiki bas ke Coventry jam 3.40 petang.

Coventry bandar perang

Oleh kerana kesesakan lalu lintas, aku sampai ke pool Meadow hampir kul 5 petang. Sampai stesyen bus die, aku memang blur nak buat apa, cuba ingat nombor bas tetapi alhamdulillah Allah pertemukan aku dgn beberapa org budak TESL yg aku kenal. Lepas dapat maklumat camne nak pergi rumah kwn aku di Coventry, aku terus menaiki bas dan akhirnya sampai di depan rumah beliau kul 6 petang. Oleh kerana kawan aku tu g tengok Harry Potter, tersadailah aku di jalan2 Coventry tu sampai kul 9.30 malam. haha. Sebenarnya saje ngade2.

Sejuk wo malam tu. Kabus tebal gile. Tapi saja aku jalan2 kawasan morrison diorg.

Keesokan harinya, PERGH pun bermula jam 10 pagi. Kali ini, aku sekali lagi menjadi pengacara majlis walaupun bukan di Leicester. Pengarah program, syahir yg juga kawan aku di kolej mintak tolong aku jadi emcee. Oleh kerana x mampu nak sumbg ape2 untuk program kerana ALLah seperti tu, aku terima saja pelawaan beliau tu. Maka, mengarutlah aku sekali lagi di program PERGH edisi kedua tu. Kadang-kadang orang gelak walaupun aku sedang berada dalam mood serius, maka aku bertambah pelik adekah diorang ni gelakkan aku atau percakapan aku yang pelik?

Yang pegang telefon tula syahir. Manakala mamat lagi sorang ni yg g tengok harry potter semalamnya

Alhamdulillah kat program tu, banyak jumpe kembali senior2 dan junior2 aku. Sebenarnya, ni pertama kali untuk sem ni aku keluar utk berprogram. Malam tu, aku ziarah ke rumah junior semesti aku(izali) dan junior yg aku agak rapat iaitu mr zaza. Turut bersama aku ialah Haq Mohaidin yang datang dari Nottingham. Malam tu, junior2 aku belanja makan pizza dan ayam. punyela banyak sampai kenyang gile. Lepas tu, tengok ceramah agama. Haha. Apepun, meamng lepas la rindu kat diorang ni.

Nyum2x. Bende free balun jela kan.

Zaza yg paling kanan sekali. Haq dgn Golo plak takde dlm gambar.

PERGH ni merupakan program yang mengungkap kembali tanggungjawap manusia/muslim sebagai seorang pendakwah. Juga merungkai kembali sejarah-sejarah Islam yang perlu semua umat islam ambil teladan dalam membawa kembali Islam ke tempat yang teratas. Antara penceramahnya ialah abang Jo(warwick), Dr Khairul Anwar(Leicester) dan Ustaz Amin(Dundae). Kesemua penceramah yang datang memg hebat2 dan tak menyebabkan org mengantuk.

Ustaz Amin yg sangat petah berbicara

Memang seronok PERGH yang aku hadiri kali ni. Cuma tak syoknya, tak banyak gambar yang aku tangkap. Banyak kamera besar2 je yang tgkap gambar. Aku pun tak tahu mana nak ambik gambar PERGH tu lagi. Mesti banyak kat Facebook, tapi sygnya aku tiade facebook. maka tunggu jelah orang update kat blog nanti. Petang tadi, aku akhirnya selamat sampai ke rumah kul 6 petang. Penat punye penat terupdatelah jugak blog ni.

Terima kasih PERGH!!

Hari ni gak bersemangat sebab dapat jumpa "vitamin" aku di PERGH. Haha.
Baru aku perasan aku masih ade ciri2 remaja lagi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment