Tuesday 23 November 2010

Dari blog ganas saufi. Haha

Bismillah

Hari ni teringin nak kongsi artikel dari kawan sedorm aku iaitu sopek imam muda.
Artikel ni diambil dari blog beliau yang ganas. Pek, tak pe ke aku copy ni?

Perkara Baik yang Bikin Gua Panas


1. Tok bilal dan nak iqamat, pastu ada sorang mamat baru datang dan terus mengerjakan solat sunat. Akibatnya, tok bilal tak jadi iqamat dan seluruh jemaah terpaksa menunggu mamat sorang ni abiskan solat sunatnya sebelum solat berjemaah.

2. Dulu-dulu bila kat sekolah takde air, gua dan rakan-rakan selalunya akan pergi ke makmal Kemahiran Hidup untuk berwuduk. Agak geram bila ada segelintir manusia yang begitu bersemangat berwuduk, membasuh 3 kali anggota wuduk dengan penuh hati-hati sedangkan di belakang bersepah manusia menunggu giliran untuk berwuduk.

3. Sering berlaku di R&R ataupun pusat membeli belah yang besar. Biasanya ada disediakan surau untuk pengunjung menunaikan solat. Ketika waktu puncak, selalunya surau akan menjadi seperti tin sardin. Jemaah terpaksa menunggu giliran. Time camni kalau nampak manusia yang masih berwirid panjang setelah habis solat patut kasi pelempang je.

4. Bagi duit kat tuan rumah time kenduri kawin. Dapat pulak kalau kat kenduri tu ada pasang karaoke, nyanyi-nyanyi serta perkara-perkara maksiat. Kan kita dah dikira menyumbang kepada kemaksiatan tu?

5. Kenduri arwah yang meninggalkan anak-anak yatim. Tanpa menyumbang satu sen pun, kita duk selamba melantak kat kenduri tersebut. Patutnya kumpulkan dulu sejumlah duit dan diberikan kepada waris si mati untuk tujuan kenduri arwah. Kalau makan saja tanpa menyumbang, kan dah macam makan harta anak yatim tu. Tak gitu?

sekian

No comments:

Post a Comment