Tuesday 16 November 2010

Aidiladha Ku Hari Ini (AKHI?)

Bismillah.

Hari ni mari bercerita mengenai Aidilada. Semalam, sebaik sahaja pulang ke kelas, aku menuju ke town utk cari satu barang. Tengok2 dah teramat la nak dekat maghrib. Oleh kerana aku teringat De Monfort ade buat jamuan makan berbuka puasa, aku pun singgah sebentar nak bukak puasa. Nak balik rumah masak memang tak sempat sangat la kan. Maka, mencubalah aku makanan ISoc De Monfort tu. Dahsyat makanan diorg ni, sorang dapat 1/4 ayam dgn kentang dan adelah beberapa lagi makanan tmbahan lain.

Masih tak boleh kalahkan Malaysia yg biasenye paling kurang ade 3 lauk tak termasuk nasi

Raya Aidiladha kali ni memang kami kene berkorban sikit. Malam semalam lepas balik dari De Monfort, memang kene bukak semua nota dan latihan2 Fundamental Math sebab ade test keesokan harinya. Malam tadi pukul 11.30 aku dah tido, haha. Pagi ni, cuaca memang teramat-amat lah sejuk. Oleh kerana nak merasa sembhyg Raya kat De Montfort, aku pun keluar daripada rumah jam 7.2o pagi. Memang De Monfort sembhyg awal kul 7.45 pagi manakala University of Leicester smbhyg jam 8.45 pagi.

Diorang kate suhu pagi ni -1. Best kan? Nmpak kabus tu?

Ade beberapa perkara baru yang aku merasa kat De Montfort ni. Antaranya, takbir untuk rakaat pertama dan kedua masing2 adelah 3 takbir. Lebih menarik lagi, untuk rakaat kedua, takbir 3 kali tu dibuat selepas membaca alfatihah dan surah. Imam tu kate ianya berpandukan Mazhab Hanafi. Tak kisahla sgt mazhab mana, hormat je selagi ianya betul. Selepas solat, khutbahnya dlm bahasa arab yg sememangnya aku tak faham. Sebaik sebelum solat ade ceramah dalam bahasa Inggeris.

Tok Imam hari ni

Lepas solat, ade acara peluk2, peluk je sapa yang korang nak, biarpun x kenal. Dan cakap assalamualaikum, Eid Mubarak!!

Balik ke rumah jam 8.15 camtu, aku meneruskan ulangkaji Fundamental Math. Tapi hati rasa tak syok bile raya cam takde ape2 bende pun. Maka, 8.45 pagi, aku mula buat rendang. Haha. Rendang plak takde halia pasal halia rumah dah abis. Kui3x. Alhamdulillah, masih ade rasa rendang lagi. Ni la akibatnya bila terpengaruh dengan kata2 mak "rendanglah paling senang nak buat pun" smpaikan nak dekat test pun sempat masak. kah3x.

Lawa plak aku nengok rendg aku ni.

Kul 11 pagi, aku pergi kelas seperti biasa, dan kul 12 balik kejap sbb nk makan rendang. Kul 2 petang test dan seterusnya kul 4 ade kelas statistics. Yang syoknye, kelas statistics dibatalkan sebab projektor tetibe terpadam. Malam plak, dapat jemputan dari rumah Bob untuk makan2 sempena aidiladha. Memang mantapla diorg masak. Ade kambing masak kicap yg teramat2 kaw2. Lepas kenyang aku balik dan berakhirlah diari utk Aidiladha kali ini.

Sekian

No comments:

Post a Comment