Tuesday 21 September 2010

Kembali.. Genap setahun

Bismillah

Esok, flight aku ke UK akan berlepas jam 1.30 pagi. Tarikh esok 23 september 2010. Tarikh yg sama sewaktu pertama kali aku pergi ke UK tahun lepas. Satu nikmat yang tak pernah lansung aku mimpikan sewaktu di sekolah menengah. Memang aku tidak pernah menyangkakan aku akan ke luar negara. Namun, perancangan Allah sangat hebat sampaikan perjalanan aku mendapat biasiswa ni sendiri penuh dengan keajaiban.

Bersama keluarga di pintu masuk KLIA

Setahun yg lalu, aku bertolak ke KLIA dr rumah mak cik aku kat port dickson. Pertama kali ke sana setelah dewasa aku rasa. Ramai pelajar yang pakai kot itam, iaitu budak KPM dan beberapa student mara yg akan fly sekali dgn kami. Masing2 muka teruja je. Antara budak KYUEM yg ade ialah anuar dan neo wei sheng. Selepas melalui beberapa prosedur, masing2 meluangkan saat2 terakhir bersama keluarga.

Perasaan ketika fly? nak cakap excited mgkin ye, tapi nak ckp sedih mgkin kurang sikit. N then waktu fly pun ade kawan2 yg sekali ke lester, jadi tak takut sangat.


Bila kami dah takde keje, nilah jadinya

Bersama rakan2 yg akhirnya menjadi rempah penting dalam hidup aku.

Perjalanan selama 13 jam di atas kapal terbang MAS bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sangat. Memang lama sangat rasa dan amat memenatkan. Tapi, layanan orang MAS memang mantap. Sesampainya di imegresen, kelihatan begitu ramai manusia terutamanya yg berpakaian hitam. selesai je semua, kami telah disambut oleh orang MSD dan juga beberapa org senior dari london.

Waktu keluar je dari airport, semua seronok bile tengok asap keluar daripada mulut. haha. Perasaan pertama kali berada di UK mgkin menyeronokkan bagi org lain. Tapi aku plak tetibe rasa sayu je sepanjang perjalanan menaiki bas ke leicester, terbayang seolah2 diri dalam video klip M. nasir, haha. Memang sayu pun rasa, kenapa Allah bagi peluang yg sangat dahsyat ni kepada org biasa macam aku ni. SPM pun berapa la sangat dapat.

Di Leicester, kami disambut oleh syazwan dan ade sorang postgrad. Kami terus dihantar ke rumah Izwan dan disambut oleh Naufal. Manakala cat dan poji tak balik lg waktu tu. Beberapa hari yang berbaki digunakan utk berjalan2 dan membeli barangan keperluan di sana. Lama gak kami menumpang di rumah Izwan, dekat 2 minggu aku rasa.

Waktu pertama kali berjalan2 di pekan leicester.

membeli belah di Morrison

Sekarang, setelah 3 bulan berada di Malaysia, aku perlu kembali semula ke UK utk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai. Perasaan ketika ni bercampur baur. Aku sendiri tak dapat tahu ape perasaan yg ade dalam hati ni. Semoga perjalanan utk tahun kedua ni dipermudahkan oleh Allah.

Sekian..

Monday 20 September 2010

Kisah nabi Isa dan penjual kayu api

Bismillah

InshaAllah, mari kita dengar sedikit cerita yang menarik untuk hari ini..

"Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat...
Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya.

Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doa nya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?

Maka bercerita lah lelaki itu...
Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.

Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikat nya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..
Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk makan....
selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu.

Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dengan lidah tetapi tak berjaya....
kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya ...tetapi tak berjaya juga.

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.

Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang.

Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat.
Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... "

Astaghfirullah al azim...

Macam mana? Dapat sesuatu?
Sekian

Friday 17 September 2010

Batch 19th: Raya 1431H

Bismillah.

Bersempana cuti 1 Malaysia semalam, aisamuddin amin ajak aq dan kawan2 yang lain utk beraya kat rumah bekas guru2 kami di SEMESTI dulu. Oleh kerana aku dah nak balik UK dah, aku ambik peluang ni untuk jumpa kawan2 lama buat kali yg terakhir tahun ni. Awalnya, aku cuma menjangka sikit je yg akan hadir, sekali rupe2 nya ramai yang datang walaupun duduk di luar teluk Intan. Ade yang aku tak pernah jumpe sejak keluar daripada sekolah lagi.

Aku dimaklumkan untuk berkumpul pukul 9.30 pagi. Tapi yang peliknya, kul 10 pagi, baru 2 orang yg aku jumpe. Dan kami hanya mula bertolak ke rumah cikgu2 pkul 10.45 pagi. Ade kawan2 yang aku yang banyak sungguh halangan utk sampai ke situ. Kesian. Oleh kerana aq xde facebuk, jd aq bubuh sikit gambar yg kami ambik beramai2 kat setiap rumah yg kami ziarah.

Di rumah pertama, cikgu azlan. Cikgu lan x pernah ajar aq, tapi rapat dgn kawan2 aku sebab pernah uruskan pasukan bola dulu.

Di rumah cikgu Feizatul, guru bahasa Inggeris aku. Sangat baik, cume aq je yg teruk sangat english dulu. Lepas kami kluar, cikgu dapat byk anak. huhu

Bersama cikgu Faezah Othman, guru bahasa Melayu aq. Teringat zaman2 kt sekolah bile dengar suara beliau yg lain dr lain tu. Walaupun tegas, tapi budak kelas aq tetap suke die.

Di rumah ke4, iaitu cikgu yassin merangkap guru sejarah kami semua. Rumah beliau teramat-amat la besar. Sekrang ni beliau dah x mengajar dah. Fokus kat bisness kot.

Di rumah cikgu rohaya, guru matematik tambahan kesayangan semua org. Rumah yang sangat simple. memang semuanya simple. Cikgu rohaya memg orang yg sangat merendah diri.

Bersama cikgu Fathiah. Cikgu Fathiah pun x pernah ajar aq. Cume mgkin pernah jd gru ganti kelas aq kalo x silap. Dan rumah beliau adelah rumah yg paling besar sepanjang ekspedisi ziarah kami. Cikgu Fathiah yg tudung hitam manakala disebelahnya ialah cikgu rohaya.

Ziarah kami berakhir lebih kurang jam 6 petang. masing2 kembali ke destinasi masing2 yg hanya terletak dalam perak. Diorag pun akan pulang ke Universiti masing2 sabtu atau ahad ni. Esok ade kenduri kakak gibak kawin. Tapi aku masih konfius nak pegi ke tak. Bukan ape, banyak bende perlu disettlekan esok. Tapi kat kenduri tu jela nak jumpe kawan2 yang len. Apepun, tengoklah ape ketentuan Allah esok.

Di akhir post ni, mari kite renungkan sama2, adekah ziarah kite benar2 bersih? Bersih dari segala yang mampu mengheret kite ke neraka yang sangat dahsyat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” Al-Hujurat ayat 12

Sekian

Wednesday 15 September 2010

Imbasan Bersama GEMARAK bhgian 2

Gemarak Bersama anak Perak 2010

Perjalanan bersama GEMARAK diteruskan lagi dengan sebuah program motivasi di sekolah yang terletak dalam negeri Perak. Untuk program ni, kami memilih sebuah sekolah kampung yang terletak di Teluk Intan, Perak. Yang agak penatnya ialah bile program motivasi ni hanye selang beberapa hari je, lepas aq pulang dari MOC di Shah Alam. Memang agak penat, tapi kalau kami tangguhkan lagi, memang dah nak masuk bulan puasa dah.

Menerima hadiah dari CEO UEM bersempena MOC

Oleh kerana aku dibesarkan di sekolah bagus yang terdiri drpd pelajar2 bijak pandai, memang paradigma aku sgt berlainan dgn adik2 di SMK Sg Manik tersebut. Lepas belajar masuk la plak KYUEM, lagi la budaknya pandai2 ya amat. Memang betui, budak2 "pandai" seolah2 x nampak lnsung realiti sebenar masyarakat di Malaysia yang sangat menyedihkan. Program di SMK sg Manik memg banyak memberikan pengalaman baru tentang realiti sebenar disebalik kisah golongan remaja hari ini.

Penyampaian hadiah daripada GEMARAK kpd Pihak Sekolah

Program selama setengah hari tu dipenuhi dengan pengisian utk adik2 supaya percaya yang mereka pasti boleh berjaya. Antara penceramah yang sepatutnya beri perkongsian ialah Hilfi, tapi entah mcm mane die ni boleh lambat sehari balik ke Malaysia. Byk lagi bende baru yg aq dapat sewaktu berLDK dgn adik2 di sini, tp x larat nak cerita. Dan kerana program ni gak, aku bertemu kembali dgn ustazah tadika aku yg rupe2nya mak sedare kpd Hafizah Warwick. Huhu. Apepun, program di SMK Sg Manik ni tetap akan aku ingat sampai bile2 InshaAllah.


GEGAR YOP!!

Aktiviti terakhir aku bersama GEMARAK ialah GEGAR YOP! atau nama panjangnya Gemarak’s Gathering with Youth in Perak. Program ini menggabungkan kursus mini Pre-departure dan juga majlis berbuka puasa. Dan yang paling penting, khas untuk anak Perak yg akan pergi ke luar negara sahaja. hehe. Aku memang tak byk tolong utk kelancaran majlis ni sebab ade byk komitmen lain. Oleh sbb itu, pengarah program hanya mintak tolong aku jd moderator utk Forum bersama kak Balqis dan kak Ayuni. Macam biasa, memg aku byk mengarut la hari tu.

Forum GEGAR YOP!

Kebanyakan yang datang ke Majlis tu adalah junior aku. Kalo bukan junior sekolah lama, mesti junior dr kolej aq gak. Aq pun terkejut bile nengok ramai junior aku kt SEMESTI dulu. Ade 2 orang yg x dtg pun, junior aq gak. Rasa bangga pn ade, haha. Aktiviti tersebut berakhir dengan majlis berbuka puasa yg dibuat di hotel Hillcity. memang rezeki diorg dapat makan buffet. Aku awal2 dah lari dulu.

Kecik sangatla gambar ni

Sekian sahaja utk Imbasan beberapa aktiviti sepanjang musim panas ni. Semoga berjumpa lagi!
Salam.

Tuesday 14 September 2010

Imbasan Bersama GEMARAK bhgian 1

Bismillah

Orang lain mngkin banyak yang tulis pasal raya, tapi aku mungkin tak. Setelah agak lama pulang bercuti di Malaysia, dah tiba masanya untuk aku pulang kembali ke Leicester selesa depan. Cuti ni ternyata begitu bermakna sebab banyak bende yang aku dapat buat. Walaupun mungkin tak sepenuhnya bermanfaat seperti rakan2 yang lain, namun memang banyak yang aku belajar sepanjang cuti musim panas tahun ini.

Mengimbas kembali beberapa aktiviti yang telah berlalu, baru aku perasan memang takde lnsung aku menulis pasal aktiviti GEMARAK di blog ni. Sedangkan, aktiviti pertama yang aku ikuti selepas pulang ke Malaysia adalah program yang dianjurkan oleh GEMARAK atau nama pnjangnya, Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland. Ingat lagi, kami buat lawatan di sebuah rumah anak yatim di Ipoh iaitu Maahad Darussalam.

Program di rumah anak yatim ni berlansung selama 2 hari 1 malam. Hari rabu dan khamis. Tapi aku hanya datang waktu hari khamis je sebab rabu tu ade junior yang datang Teluk Intan dan aku sendiri sangat keletihan. Sampai je maahad tu, nmpak kelibat sahabat2 lain sedang layan adik-adik di maahad tersebut. Antara muslimin yang ada ialah Iman dan juga Budiman(manchester).

Diorang tengah main game ape pn aq x tau

Teka jangan tak teka

Adik-adik di Maahad ini disesuaikan dengan persekitaran Islam. Walaupun sekolah tersebut agak dhaif, kesungguhan ustaz san ustazah yang menjaga diorg menyebabkan maahad tersebut terus hidup. Bayangkan jika semua anak-anak yatim ini dihantar ke rumah kebajikan yang tiada lansung latar belakang agama Islam, memang tak tahulah ape akan jadi dengan diorg nnt.

Setelah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, semua kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah lakonan kepada semua yang hadir. Kumpulan aku kene bat sketsa yang bertajuk "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Seronok tengok budak2 ni, lakonan diorang sangat mencuit hati. Kami akhirnya dihiburkan dengan persembahan nasyid dari adik-adik muslimin dan muslimat.

Kumpulan muslimin mendendangkan lagu "anak soleh"

Adik2 muslimat yang nyanyi dua lagu, sedap tapi terlupa tajuk dia. Cantik semua bertudung

Sewaktu adik-adik lelaki nyanyi lagu anak soleh, tiada lansung nampak kesedihan di mata diorang. Aku sendiri tak pasti sama ada diorg masih x faham ataupun sudah mula biasa dengan "keluarga" mereka sekarang. Yang pastinya, memang banyak perkara yang aku belajar daripada diorang. Dan diorang ni sangat seronok menerima tetamu2 yang datang terutamanya akak2 dan abang2 yang masih muda ni.

Dan kebanyakn yang berada di sini adelah pasangan adik beradik. Alhamdulillah, masih ade ahli keluarga kandung yang masih berada dekat dengan mereka. Kite pula, adekah masih menghargai apa yang ada?

Adik2 maahad Darussalam tidur sebentar di surau petang tu, sebab diorang ni puasa sunat. Bagus kan?



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
(Bukhari)

Bersambung..............

Sunday 5 September 2010