Tuesday 19 April 2011

SEMESTI.. 5ST dan lima sekawan

Bismillah..

Ahad baru ni, aku tidur jam 4.20 pagi. Kesunyian di malam hari tu aku isi dengan membelek-belek semula gambar-gambar lama yang berada dalam external hard disk aku. Kesunyian diri menyebabkan aku teringat-ingat kembali zaman dahulu. Dari sekolah menengah sehinggalah masuk ke kolej. Mahu mengingati semula memori di Matriks, tapi satu gambar pun aku xde kat matriks gopeng tu. Malam tu, folder gambar-gambar di semesti menjadi tatapan utama aku. Tempoh lima tahun berada di situ memang sesuatu yang sangat bermakna walaupun penuh dengan konflik dan suka duka.

Kelas waktu form 5. 5ST.

Memang suasana di sekolah sangat jauh berbeza dgn kolej. Kat sekolah, pukul memukul, buli, tak puas hati, ngumpat-mengumpat, hasut-menghasut, ejek cikgu menjadi suatu budaya. Yelah, akal pun tak matang lagi kan? Ingat kami dulu pernah pulau sorang budak india smpai dia terpaksa keluar sekolah. Ada yang berpuak-puak sampailah gaduh antara kelas pun ada. Yang team rugby nak tunjuk kuat. Yang team pengawas nak tunjuk pengaruh.. walaupun bukan semua mcm tu, tapi kumpulan tersebut memang ada. Belum lagi kira team jejaka-jejaka yg bajet ensem dan bercouple, lagi menyampah.. Aduih

Teringat bila zaman sekolah dulu, form 1 sampai form 3, mesti masalah dengan senior menjadi antara isu utama. Bila naik je form 4, kami sudah sedikit bebas. Namun berhadapan masalah kritikal dengan senior kami setahun iaitu form 5 ketika tu. Yelah, orang baru nak rasa bebas. Memberontaklah bila senior form 5 sekat macam-macam kebebasan. Memang terjejas teruk hubungan kami ketika tu. Bila kami masuk form 5, tiada masalah lg dan kami pun dah mula tak kacau junior2. Bukan apa, takut junior doa exam SPM teruk. Haha..

Ambik gambar sebaik sahaja peperiksaan terakhir SPM tamat..

Sebenarnya aku nak cerita pasal kelas aku, tetibe melalut pulak ke tempat len. Dalam kelas, aku duduk kat bahagian belakang dengan 4 orang kawan aku yang le iaitu firdaus(caom), aizud, mubarak dan azim. Aku sangat suka dengan team semeja aku berlima ni. Memang kami jela kot yang berlima, yang len semua berenam macam kat bawah. Lokasi pun strategik bawah kipas. memang selalu jadi tempat lepak budak2 lelaki yang len la. Kalau waktu rehat, memang penuh la orang kat meja kami. Persoalannya, kenapa aku suka geng semeja aku ni?

Nampak tempat kami berlima tu?

Mubarak, azim, aizud dan caom semuanya jenis yang bukan mencari pengaruh. Tak suka jaga tepi kain orang lain. Sebenarnya bila masuk form 5, aku sedikit stress bila golongan2 hot/atasan/pandai suka mencari pengaruh dan menghasut supaya orang len membenci musuh mereka. Antara yang menjadi mangsa ialah aizud, mubarak dan azim. Caom boleh kata semua orang suka. Aku? Ntahla.. Aku kesian tengok 3 kawan aku ni dan kalau ikut tiga tahun sebelum ni, aku tak pernah kenal pun sgt diorg ni. Maka, peluang sekumpulan dgn mereka aku gunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Ternyata, umpatan dan cacian orang sememang satu hasutan syaitan yang sangat jahat. Sedangkan 3 orang ni jarang sekali mengumpat org yang membenci mereka tu.

Firdaus(caom), aku, mubarak, azim dan Aizud. Kami memang kuat tangkap gmbar dalam kelas. Ni aku dengan mubarak pinjam blazer orang. Haha

Aku sedikit tenang masuk kumpulan berlima ni. Takde nak dengar dah umpatan dan cacian orang dah. Ingat lagi, semata-mata tak nak dengar orang mengumpat2 ni, aku bersumpah dengan diri sendiri supaya tidak lagi menjejakkan kaki masuk ke bilik pengawas C walaupun aku ramai kawan di situ. Memang benar, lima bulan lebih aku tak masuk bilik tu. Ramai je kawan aku yang baik dalam tu, cuma bila ada yang kuat suruh membenci orang len, aku cukup menyampah. Oleh kerana kami berlima tak suka masuk cmpur hal(negatif) orang lain, kami pun watlah hal sendiri.. Hehe

Waktu nak wat ucapan raya. Aku, barak dan caom kat tepi.

Antara projek besar yang kami buat ialah projek kumpulkan maklumat semua ahli kelas, kumpul gambar, kumpul video dan muatkan dalam CD sebagai kenang-kenangan. Wat ucapan selamat hari raya dan macam-macam lagi. Diorang ni sempoi je. Ade sekali tu nak wat video klip, tp semua xde bakat berlakon. Haha. Antara benda lain ialah kami ilhamkan buat semula jamuan akhir tahun kelas. Tahun akhir tu, kami ada dua jamuan. Mula2 jamuan di sekolah je. Bila rasa tak syok buat kat sekolah je, kami berlima bincang supaya jamuan lagi satu diadakan di sebuah restaurant. Malah kami sanggup utk bagi duit lebih semata2 nak galakkan semua ahli kelas pergi. Akhirnya AJK tertinggi kelas bersetuju dan buat.

Jamuan pertama di padang sekolah je. Kami berlima tak sosial sgt, jadi takde dlm gambar. Haha. Sebenarnya caom dgn aizud memag xde. tapi kalau ade, caom pun mgkin tak masuk dlm gmbar ni. Hehe

Antara benda lain yang aku suka pasal kumpulan ni ialah kami tak sosial sangat dengan perempuan. Azim jela kot kalau rapat pun, tapi waktu tahun akhir tu dia baru putus cinta. jadi memang welcome to the club la. Hehe.. Sekarang ni, yang paling aku rindu ialah mubarak basir. Selepas caom, die nilah yg paling rapat dengan aku dalam kelas. Die ni keras sikit, kalau tak setuju dan tak suka sumthing memang die tegas. Tu la sbb yang orang berpengaruh bermasalah sikit dgn die ni. Aku lama gila tak jumpe die. Rasanya kali terakhir ialah waktu ambik keputusan SPM. Lepas tu memang tak jumpa lansung sebab die je kawan aku dr SEMESTI yang duk kedah.

Aku dengan mubarak basir. Aku dgn die memang kuat main2 sikit. Dua-dua bukan pengawas, saja je nak action. Aduih..

Rindu sungguh persahabatan ni. Sekarang semua dah ada halatuju masing-masing. Boleh dikatakan kami berlima punyai masa depan yang cerah InshaAllah. Aizud ambik medic, Caom kat Curtin University under Petronas, mubarak ambik bidang2 komputer lebih kurang dan mat lazim(azim) kat UiTM tak silap aku. Semoga berjaya sahabat semua..

InshaAllah berjumpa lagi..

Membotakkan kepala semata-mata untuk exam. Bersama mamu.

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment