Wednesday 24 November 2010

Pelaburan: berbaloi atau tidak?

Bismillah..

Apabila pelajar-pelajar Malaysia sampai sahaja di UK, terlampau banyak bende yang nak dibelinya. Apatah lagi setelah berjinak-jinak dengan ebay dan juga amazon. Pantang kalau kawan ade hanset baru, mesti nak juga hanset baru. Pantang kawan ade PS3, mesti nak jugak kat rumah tu ade PS3. Dan macam-macam lagila. Okla, kalau semester lepas aku buang tabiat beli projektor, tahun ni aku buang tabiat lagi tapi masih mengekalkan nilai2 positif iaitu tidak terpengaruh dgn rakan sebaya!! Haha.

Tahun lepas niat beli projektor adalah untuk kegunaan aktiviti2 berfaedah, tapi sampai sekarang masih tak nampak ianya betul-betul digunakan sebaik mungkin. Kali ni, bersempena dengan GOOL, aku menghabiskan duit untuk beli alatan-alatan orang berceramah. Nak tahu ape bendenya? Meh tengok gambar yang pertama:

Harga GBP25, beli kat pasar.. Second hand punye. Bunyi? kuat tahap melampau

Makhluk alah ni aku beli sebab die boleh cucuk ke mikrofon. Aku beli kat pasar 4 hari sebelum GOOL berlansung. Beli gak mikrofon satu yang berharga GBP2.2o. Tapi kesian bila ustaz Izzam cakap, kelihatan beliau agak lenguh nak pegang mikrofon tu. Masalah lain gak timbul bila speaker hanya ada satu, jadi muslimin x dapat nak duduk kat dalam bilik dengar ceramah daripada ustaz. Oleh sebab tu, maka aku pun mencari lagi satu speaker.

Yamaha!! GBP 25 tapi beli kat Naughborough Road. Bunyi lagi sedap dari speaker di atas

Sebenarnya, speaker2 ni lebih sesuai digunakan untuk peralatan muzik seperti gitar dan sebagainya. Oleh sebab tu, hanya satu saje input yang boleh diterima kat setiap speaker. Dengan kata lain satu speaker, satu mikrofon. Oleh kerana aku dah ade dua speaker, maka aku mula memandang serius bende ni. Dalam kepala, mungkin boleh wat mini PA system. Kalau ade aktiviti ape2, bolehlah gune je mini PA system ni. Akibatnya, aku pun mula mengkaji2 sikit. Maka, bertambah lah lagi alat yang ada.

Ni micro mixer. Kirenya, boleh la cucuk 4 microfon sekaligus. Nak karaoke pun boleh, tapi bykla dosa aku dapat. Boleh adjust volume die.

4 bende alah ni antara yang aku gunekan untuk mini PA system aku ni.. Setiap satu berharga lebih kurg 1 pound je.

Campur punye campur segala kos, mini PA system aku ni xdela sampai 100 pound. Speaker-speaker tu pun second hand punye. Hanya stand, mikrofon dan mixer yang betul2 baru. Alhamdulillah, lepas ada stand ni xdela ustaz-ustaz yg bagi ceramah nak kene pegang dah. Aku beli bende2 ni memang takde terpengaruh dgn rakan sebaya, sebab xde lansung yang buat macam ni pun. Cuma kadang-kadang aku tertanya-tanya, adekah pelaburan ini berbaloi?

Stand berharga 13pound. Ade 2 tempat untuk kepit mikrofon. Masih dalam pencarian cari mikrofon yang berkualiti. Rasenye, rumah aku kat Malaysia ade mikrofon baguih punye. Hehe

Aku sangat menanti-nanti GOOL sabtu ni. Nak tengok, adekah benar PA system aku ni akan berfungsi betul-betul dan memberi manfaat kepada orang yang hadir. Sebenarnya, speaker2 ni sangat kuat bunyinya. Setakat ni aku tak pernah pasang lebih drpd 1/4 kekuatan bunyinya yang boleh menyebabkan rumah pecah. Haha(Hyperbola). Menanti juga pertandingan NEXT, kalau nak praktis gune mikrofon, 4 mikrofon memang kompem leh cucuk.

Aku berjinak-jinak dgn bende2 semua ni sejak di kolej selaku syu'bah ibadah(syuib) a.k.a penjaga surau. Lepas tu, sejak berjinak-jinak dgn program motivasi dan beberapa program lain, minat aku bertambah untuk paham sedikit demi sedikit bagaimana ianya berfungsi. Ingat waktu kat kolej, sangat penat asyik nak pegi pinjam projektor bila ade program. Nak beli sendiri, duit plak xde. Sekarang duit dah ade, projektor juga dah ada, PA system juga dah ade, tapi aku masih tak pasti adekah perniagaan ini benar-benar akan menguntungkan?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Qs.9:111)

Nak jual diri masih tak kuat, bagaimana pula dgn harta?
Sekian..

No comments:

Post a Comment