Thursday 4 November 2010

Meniru dan belajar bahagian 2

Bismillah

Tak tahula kenapa hari ni teringin sangat nak bercerita. Seolah-olah banyak bende yang aku nak luahkan dalam blog ni, yang ternyata cukup sedikit pembacanya. Sewaktu di sekolah, aku ada dua nama panggilan yang sangat melekat dengan aku. Kurang pendengaran, menyebabkan aku cepat menoleh sekiranya aku merasakan ade orang yang seolah-olah memanggil nama aku. Jadi, tak kesahla ape yang orang panggil, sekiranya ia dimaksudkan memanggil aku, memang aku akan menoleh. Menyebabkan aku sangat mudah mendapat nama gelaran seperti "pilus" untuk sekarang ni.

Percaya tak, tepi sekali belah kanan adelah azizan(duduk)

Tapi, sejarah aku dengan perempuan pula menyebabkn aku sangat jarang menoleh sekiranya ade perempuan yang memanggil aku. Sejak dari sekolah, memang aku tak rapat lansung dengan perempuan jadi tak biasa kalau ade orang yg memanggil nama aku. Aku hanya akan menoleh sekiranya jelas suara perempuan tersebut sedang memanggil nama aku. Kalau samar2, memang jangan harap la aku nak menoleh. Takut syok sendiri.. Bercakap pasal pendengaran, terlampau banyak pengalaman yang kadang-kadang aku sendiri tergelak untuk mengingatinya kembali.

Ingat sewaktu aku jadi Muscom, setiap kali meeting, aku akan duduk dan buat-buat dengar apa yang muslimat sedang cakap. Sedangkan xde bende pun yang aku dapat dengar daripada diorang. Biasanya aku akan duduk sebelah Aqmin yang sudi cakap balik ape yg muslimat cuba sampaikan. Kadang2, bila ada soalan yang diorang tujukan pada aku, memang aku akan mintak Aqmin atau sape2 disebelah aku untuk bagitahu aku balik soalannya.

kembara 11

Orang seperti aku yang kurang pendengaran dan pelat memang agak sukar untuk belajar apa-apa bahasa. Walaupun bertahun-tahun belajar bahasa Inggeris, tapi sampai sekarang aku masih gagal untuk menguasainya. Di kolej dulu, hanya bahasa Inggeris mr Siva yg mampu aku fahami kerana simple dan jelas. Di UK plak, aku hanya menyalin nota yang ade di papan putih tanpa sedikit pun memahami apa yang cuba lecturer ajarkan di hadapan. Bayangkan ape perasaan bila kite tidak dapat memahami apepun yang cuba disampaikan dalam masa satu jam tersebut. Aku seterusnya banyak bergantung dengan youtube dan nota online untuk belajar semula.

Nak tak nak, aku memang perlu sangat berusaha. Aku masih ingat keputusan AS dan A-Level economy aku kat Kolej dulu. Aku dapat A untuk kertas objektif dan C untuk essay bg AS dan keputusan yang sama berulang untuk A-Level semata-mata kerana penguasaan aku yg sangat lemah dalam bahasa Inggeris. Dalam kelas Fizik pulak, aku bukanlah orang yang mendapat perhatian daripada Mr. Siva. Dikelilingi pelajar-pelajar cemerlang daripada KYS, pelajar-pelajar cemerlang SPM dan macam-macam lagi pelajar yang hebat sentiasa menyebabkan aku rasa rendah diri. Mana taknya, orang lain masuk dengan berbelas-belas A waktu SPM, aku pulak masuk hanya berbekalkan 8A je.

Dapat 8A je pun, Allah bagi peluang ke luar negara.

Perbezaan "darjat" diantara aku dengan mereka menyebabkan aku cuba sedaya-upaya apa yang aku mampu. Aku tak pernah lansung ponteng mana-mana kelas yang wajip. Kadang-kadang pelik ada rakan-rakan yang malas nak datang kelas hanya kerana beranggapan "setakat apa yg cikgu tu nak ajarkan, diorang pun boleh study sendiri". Hebat kan orang-orang pandai? Bagi aku, kedatangan anak-anak murid ke kelas sudah mampu melahirkan doa dan berkat daripada seorang guru. Bila aku dapat A untuk fizik di kolej, aku seolah-olah rasa inilah keajaiban hasil "barakah" daripada seorang cikgu walaupun cikgu aku tu adalah Mr. Siva. Nampak die sedikit terkejut dengan keputusan aku sebab ramai student hebat lain yang dapat B tahun tu.

"Kejayaan masa lalu bukanlah penentu kejayaan kita untuk masa akan datang. Tetapi segala-galanya adalah bermula dengan langkah dan tindakan kita pada hari ni." Inilah kata-kata yang aku pegang sampailah hari ni. Aku belajar fizik masih dengan kaedah yang sama. Meniru kembali jawapan-jawapan yang ade dalam kertas past year. Buat kerja sekolah juga meniru rakan-rakan yang sudah siap awal. Kadang-kadang, kertas soalan past year yang sama, aku ulang buat sampai 3-4 kali dengan meniru kembali jawapn yang sedia ada.

Aku sangat suka matematik sejak sekolah menengah sebab aku boleh belajar dengan meniru jalan kerja kawan-kawan. Cukup sekadar meniru 3 soalan yang sama bentuknya, kita sudah mampu memahami kaedah tersebut dengan syarat kita belajar dari apa yang kita tiru itu. Manusia sejak zaman nabi adam belajar daripada meniru, sebagaimana si Qabil meniru lagak si gagak untuk mengebumikan mayat si Habil yang baru saja dibunuhnya hanya kerana perasaan iri hati.

Sekian..

2 comments:

  1. mungkin tiru adalah cara kau belajar yg paling efisyen. tapi belajar melalui cara meniru bukanlah produk yang kita mahukan. apakah kau yang bakal menjadi guru setuju kalau semua 40 anak murid kau dalam satu kelas itu belajar dengan cara meniru? yang hendak meniru ni nak tiru dari siapa kalau dah kau tak bantah mereka sume meniru?

    apa yang kita hendakkan melalui meniru mungkin sama dgn mereka yg bekerja keras pulun abes2an. tapi cuba fikir blk, yg mana lagi penting, proses itu atau hasilnya? mungkin pd kau hasil lebih penting, maka tiru adalah cara paling efisyen. aku pun pernah aja tiru. test aritu bukan test pun, sesi berbincang lagik. sbb apa? sbb pada ketika itu, persepsi aku ubah, aku xnak fail, maka bincangla kami sume dgn beraninya.

    ala izuan, kalo hang nak matlab code tu, habaq aja. aku bukan xnak kasik, tapi aku lebih mengajar dari copypaste pastu send kat kau.

    kau malu sbb english lemah? aik apa aku ni lahir je dah petah berbahasa owang putih ke? aku slalu je kene herdik kene buli kene gelak sampai tertitis air mata oleh kawan2 local yg ko kenal tu. so? aku larik dari depa? betapa jahilnya aku ni kalo aku berdiam diri dan tidak bersuara apa2 semata2 kerana aku dilayan mcm tu. hang amcm? pandang cermin tanya sendiri.

    beranikanlah diri izuan. apa2 sifat atau perangai sendiri itu bukan alasan utk kite mengambil paradigma. kawan2 hang kat perak tu nak ada can mcm ni bercakap ngan mamat/ minah english pun mmg xkan tercapai. hang? sia2kan gitu ja.

    mahu aku counter post? hahhaa

    ReplyDelete
  2. tertinggal beberapa perkataan-
    tapi aku lebih suka mengajar dari....
    bukan alasan utk kite tidak mengambil paradigma

    ReplyDelete